Assalam.. muga kita semua beroleh kesejahteraan dan berada di dalam lindungan Nya..
Kakchik kongsikan kisah trip bajet ke Langkawi.. hehe.. Kakchik dan suami memilih tarikh bukan cuti sekolah untuk mengelakkan kesesakan yang luar biasa dengan perjalanan darat untuk memudahkan kami melawat sahabat lama di Butterworth semasa di dalam perjalanan pulang. Anggaran bajet untuk 5 orang yang terdiri dari 3 dewasa dan 2 orang kanak2 berumur 6 dan 9 tahun dari Skudai ke Pulau Langkawi dengan menaiki MPV ke jeti Kuala Perlis. Kami memulakan perjalanan kira-kira pukul 9.00 malam pada 3.11.16 dengan melalui tol Skudai dan keluar di tol Hutan Kampung, Jitra.. kena stand-by kad touch n go sbb tol Jitra hanya menggunakan kad tersebut ye.. kena drive lagi ikut jalan biasa utk menghala ke Kuala Perlis.. anggaran 15 km. Kami tiba di jeti kira-kira pukul 7.30 pagi setelah berhenti di banyak hentian RnR. Di bawah ini dinyatakan perbelanjaan kasar :
(RM)
Petrol pergi dan balik 300.00
Tol pergi dan balik 200.00
Tambang feri pergi dan balik 160.00
Parking fees di area jeti 3 hari 45.00
Hotel bajet fmly room 2 mlm 200.00
Sewa kereta vios 2 hari 160.00
-------------
1,065.00
========
|
budak zaman sekarang snap photo camtu ye.. dah tak nampak mukanya.. hihi |
Day 1 ~ 4.11.2016
|
tiket feri Dewasa RM18 Kanak2 RM13 |
|
menunggu feri di Jeti Kuala Perlis |
|
masa dalam feri ke Jeti Kuah |
|
menunggu staf motel menghantar kereta sewa di Jeti Kuah |
Perjalanan dari Kuala Perlis memakan masa satu jam dan setiba kami di Jeti Kuah hujan renyai menjadi agak lebat. Kami check in awal iaitu kira-kira pukul 12.00 tengahari setelah diberi kebenaran oleh pihak motel. Sementara anak2 berehat kakchik dan suami ke gerai makanan yang banyak terdapat di Pekan Kuah untuk tapau makan tengahari. Selepas makan, rehat dan segarkan diri kami merancang untuk melawat kawasan indoor walaupun plan asal ialah menaiki sky cab. Destinasi kami ialah melawat kawasan Beras Terbakar di Padang Matsirat. Terdapat gerai2 menjual t shirt, kain batik dan lain di situ so kakchik sempat shopping arr.. cantik dan agak murah.
Kami mengambil kesempatan untuk makan laksa di gerai "Laksa Kaw" yang terletak berhampiran kawasan beras terbakar. Ketika menunggu makanan sampai.. hujan menjadi semakin lebat sehingga kami mengambil masa sejam di situ.. tunggu hujan menjadi renyai.. kami singgah di masjid berdekatan untuk solat asar. Kami memutuskan untuk pulang ke motel semula dan sambung indoor xtvt dengan shopping coklat dan pinggan mangkuk.. kesian anak2 terpaksa ikut kakchik.. Dua tempat yang kami sempat tuju iaitu RAMS dan HIG Mall.. area Pekan Kuah. Cepat pulak kedai2 ni tutup so kami pun terpaksa balik ke motel untuk berehat.. kakchik beli roti dan air mineral in case lapar sebab kami dah kenyang makan petang tadi. Kena tidur untuk sambung xtvt esok kannn..
|
Kawasan yang berpagar di belakang tulah tempat beras terbakar.. hujan masih renyai masa ni |
|
photo kenangan di bawah rumah tradisional area Beras Terbakar |
|
Kakchik check harga dulu.. |
|
ini pun boleh tahan harganya.. |
Day 2 ~ 5.11.2016
Awal pagi kami berposing kat motel.. walaupun hujan renyai kami plan keluar awal untuk sarapan dan menuju ke sky cab. Senang parking kereta sewa sebab orang tidak berapa ramai. Alhamdulillah hujan beransur teduh.. semasa kami meninggalkan kawasan sky cab pengunjung semakin berpusu-pusu. Kami melawat area Pantai Cenang dan Pantai Tengah sebelum xtvt "island hopping" yang memakan masa hampir seluruh petang kami kerana kami mendaki ke Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, melihat xtvt "eagle feeding" dan mandi manda di Pantai Beras Basah.
|
seronok risya dapat bercuti setelah penat study untuk exam akhir tahun |
|
wefie.. sukanya risya |
|
seronok walaupun teringat kat abang anil yang belajar jauh dan tidak dapat bercuti bersama |
|
motel yang agak selesa untuk kami sekeluarga |
|
ni dalam sky cab.. |
|
hentian sky cab.. |
|
sukanya kak tasya.. |
|
xtvt memberi ikan makan setelah turun dari sky cab dan menonton 3G cinema |
|
buah hati kakchik |
|
mengabadikan kenangan bersama tersayang di Pantai Tengah |
|
kami pilih pakej bajet untuk island hopping.. dewasa RM35 dan kanak2 RM25 |
|
kami stop di pulau dayang bunting.. untuk mendaki tasik dayang bunting.. banyak monyet di sini.. takut kakchik |
|
aidil dan risya di kolam untuk kanak2 di Tasik Dayang Bunting |
|
melihat helang buat terjunan untuk menangkap makanan |
|
view helang dari jarak jauh.. |
|
risya bermain pasir di Pantai Beras Basah.. pulau terakhir dalam pakej kami |
|
aidil dan risya bermain air di pantai.. |
Agak meletihkan jugak xtvt ini walaupun sangat seronok.. pukul 6 petang kami sampai di jeti dan terus pulang ke motel untuk membersihkan diri dan solat. Selepas maghrib kami bersiap untuk makan malam di Shell Out Pekan Kuah sebelum meneruskan xtvt shopping coklat dan pinggan mangkuk lagi. Kali ini kami ke Wawasan Baru.. coklat di sana lebih murah kerana mendapat discount untuk bayaran tunai. Selepas itu kami ke RAMS pula.. memilih2 sehingga kedai ditutup.. kami pelanggan terakhir.
|
promosi masih valid ketika kakchik berkunjung |
|
cuci mata ngan corelle |
|
corelle lagi.. |
|
happy call dan kuali ajaib banyak di sana.. |
|
kakchik sempat shopping yang ada discount jer.. syukur banyak-banyak |
Day 3 ~ 6.11.2016
Paginya selepas sarapan kami melawat Makam Mahsuri, berhenti di Gamat Nusantara, bergambar di Dataran Lang dan meneruskan xtvt shopping sebelum berkemas-kemas untuk check out.
|
menunggu petugas mulakan kerja di luar Makam Mahsuri |
|
membeli sedikit baranagn |
|
wefie lagi.. |
|
lokasi yang tidak dilepaskan untuk bergambar kenangan |
|
sweet memory |
|
sempat shopping travel bags.. ada discount |
|
makan tengahari yang sangat lewat selepas sampai di Jeti Kuala Perlis.. restoran di Changlun.. serius sedap.. |
Semasa di Jeti Kuah kami melalui pemeriksaan kastam di pintu masuk - feri berlepas.. tiada cukai dikenakan tetapi kami perlu menunjukkan bukti bermalam di sana.. tiket feri semasa datang atau resit parking kereta di area Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah.. Setelah sampai di Kuala Perlis kami meneruskan perjalanan ke Butterworth untuk ziarah sahabat lama. Seronok sungguh dapat berjumpa setelah hampir 9 tahun tidak bersua muka.
|
sahabat lama.. |
|
sweetnya Cik Som.. |
|
photo kenangan |
Terima kasih Cik Som dan keluarga yang menghidangkan makan malam untuk kami sebelum kami meneruskan perjalanan ke selatan tanahair.. alhamdulillah kami selamat sampai.
No comments:
Post a Comment