Assalam.. muga hari hari yang kita lalui penuh keindahan dan sentiasa di bawah lindungan Nya..
Kakchik kongsikan kali ini kisah sambutan hari kelahiran emak yang ke 73 pada 19.11.2016 yang lalu. Selepas menghadiri Majlis Konvo Tadika Pasti Peringkat Negeri di SeRTIK, Air Hitam, Batu Pahat untuk anak bongsu pada 18.11.16, kakchik dan suami pulang ke kampung untuk menghadiri dua majlis perkahwinan iaitu anak saudara suami di Rembau dan sepupu kakchik di Chaah, Segamat pada tarikh 19.11.16.. sama tarikh birthday mak..
Berkejar-kejar juga kami menghadiri kedua-dua majlis tersebut.. selepas maghrib kakchik turut serta menjamu selera bagi meraikan sambutan hari kelahiran mak.. syukur alhamdulillah.. muga mak panjang umur, murah rezeki dan diberikan rezeki kesihatan yang baik bersama anak-anak dan suaminya.. Aamiin. Terima kasih kepada Ateh dan Iman yang menaja makan malam kami semua.. bertambah rezeki Ateh..
|
alhamdulillah sedap makanannya walaupun rushing nak balik JB selepas tu.. |
|
Ateh memberi.. kami merasa..
|
|
agak kabur group photo ni..
|
|
masa menunggu makanan tiba..
|
|
ni photo petang jumaat 18.11.16 semasa mak dan pakcik ke rumah singgahan ateh |
|
photo kenangan bersama ateh |
Alhamdulillah gembira kakchik melihat emak ceria di samping pakcik yang penyabar dan beriman.. syukur padamu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment