Sunday, 27 November 2016

Bila Mesin Basuh Kakchik Rosakkk.. $$$$!!

Assalam.. muga kalian berada dalam keadaan sihat dan sentiasa gembira disamping keluarga.. jaga kesihatan ye di musim hujan ni..

Kisah mesin basuh kakchik yang telah rosak hampir seminggu.. mesin auto jenama LG 6.5kg.. digunakan hampir 12 tahun.. masa beli dulunya dah rasa cukup besar sebab anak-anak masih kecil.. dua orang sahaja.. beli di C4 Cheras masa tu.. harga offer RM800++ Terima kasih banyak sebab dah berjasa dari zaman rumah kakchik di KL sehingga lah ke rumah sewa di Damai Jaya dan rumah pinjaman bank di Skudai ni.. hehe

Rosaknya masa hari bekerja so mr. hubby memang tak sempat nak buat kerja membaiki kerana sibuk dengan pekerjaannya. Air dari saluran paip masuk seperti biasa tapi bila tekan fungsi cuci langsung tiada tindakbalas.. mati terus.. nazak betul.. Sehingga hari semalam barulah suami kakchik berkesempatan buat repair.. abis dibukaknya bahagian perut mesin.. diketatkan mana2 wire yang longgar.. dipasang semula.. test cuci.. bergerak sekali jer.. then langsung tak bernyawa.. cuak dah kakchik tengok.. ni tanda-tanda nak kena tukar yang baru.. biasanya kami pakai barangan letrik selagi boleh hayatnya.. terbang la $$$.. huhu

mesin LG yang telah banyak berjasa..

Tanpa berputus asa.. dibukanya lagi untuk mengenal pasti punca masalah mesin basuh tersebut. Sehingga lah beliau berjumpa puncanya.. untuk menukar capacitor sebagai alatan utama.. menggerakkan mesin.. ni kakchik petik dari apa yang suami kakchik bagitau.. konon lah kakchik leh baikinya untuk masa hadapan.. (lawak jer..)

ni rupanya capacitor.. sib tidak berapa mahal.. 


Alatan tersebut boleh didapati dikedai membaiki alat-alat elektrik ye.. setelah digantikan.. alhamdulillah hidup dan berfungsi semula mesin basuh kakchik.. yeay yeay boleh basuh baju.. mr hubby yang tolong cucikan. Syukur selalu.

Tuesday, 22 November 2016

Sambut Birthday Mak - 73 Tahun

Assalam.. muga hari hari yang kita lalui penuh keindahan dan sentiasa di bawah lindungan Nya..

Kakchik kongsikan kali ini kisah sambutan hari kelahiran emak yang ke 73 pada 19.11.2016 yang lalu. Selepas menghadiri Majlis Konvo Tadika Pasti Peringkat Negeri di SeRTIK, Air Hitam, Batu Pahat untuk anak bongsu pada 18.11.16, kakchik dan suami pulang ke kampung untuk menghadiri dua majlis perkahwinan iaitu anak saudara suami di Rembau dan sepupu kakchik di Chaah, Segamat pada tarikh 19.11.16.. sama tarikh birthday mak..

Berkejar-kejar juga kami menghadiri kedua-dua majlis tersebut.. selepas maghrib kakchik turut serta menjamu selera bagi meraikan sambutan hari kelahiran mak.. syukur alhamdulillah.. muga mak panjang umur, murah rezeki dan diberikan rezeki kesihatan yang baik bersama anak-anak dan suaminya.. Aamiin. Terima kasih kepada Ateh dan  Iman yang menaja makan malam kami semua.. bertambah rezeki Ateh..

alhamdulillah sedap makanannya walaupun rushing nak balik JB selepas tu..

Ateh memberi.. kami merasa..

agak kabur group photo ni..

masa menunggu makanan tiba..


ni photo petang jumaat 18.11.16 semasa mak dan pakcik ke rumah singgahan ateh

photo kenangan bersama ateh
Alhamdulillah gembira kakchik melihat emak ceria di samping pakcik yang penyabar dan beriman.. syukur padamu Ya Allah.. 

Sunday, 13 November 2016

Trip ke Langkawi 3D 2N (4 ~ 6.11.2016)

Assalam.. muga kita semua beroleh kesejahteraan dan berada di dalam lindungan Nya..

Kakchik kongsikan kisah trip bajet ke Langkawi.. hehe.. Kakchik dan suami memilih tarikh bukan cuti sekolah untuk mengelakkan kesesakan yang luar biasa dengan perjalanan darat untuk memudahkan kami melawat sahabat lama di Butterworth semasa di dalam perjalanan pulang. Anggaran bajet untuk 5 orang yang terdiri dari 3 dewasa dan 2 orang kanak2 berumur 6 dan 9 tahun dari Skudai ke Pulau Langkawi dengan menaiki MPV ke jeti Kuala Perlis. Kami memulakan perjalanan kira-kira pukul 9.00 malam pada 3.11.16 dengan melalui tol Skudai dan keluar di tol Hutan Kampung, Jitra.. kena stand-by kad touch n go sbb tol Jitra hanya menggunakan kad tersebut ye.. kena drive lagi  ikut jalan biasa utk menghala ke Kuala Perlis.. anggaran 15 km. Kami tiba di jeti kira-kira pukul 7.30 pagi setelah berhenti di banyak hentian RnR. Di bawah ini dinyatakan perbelanjaan kasar :

                                                   (RM) 
Petrol pergi dan balik                   300.00
Tol pergi dan balik                       200.00
Tambang feri pergi dan balik         160.00
Parking fees di area jeti 3 hari        45.00
Hotel bajet fmly room 2 mlm        200.00
Sewa kereta vios 2 hari                160.00
                                               -------------
                                                1,065.00
                                              ========


budak zaman sekarang snap photo camtu ye.. dah tak nampak mukanya.. hihi

Day 1 ~ 4.11.2016

tiket feri Dewasa RM18 Kanak2 RM13

menunggu feri di Jeti Kuala Perlis
masa dalam feri ke Jeti Kuah


menunggu staf motel menghantar kereta sewa di Jeti Kuah

Perjalanan dari Kuala Perlis memakan masa satu jam dan setiba kami di Jeti Kuah hujan renyai menjadi agak lebat. Kami check in awal iaitu kira-kira pukul 12.00 tengahari setelah diberi kebenaran oleh pihak motel. Sementara anak2 berehat kakchik dan suami ke gerai makanan yang banyak terdapat di Pekan Kuah untuk tapau makan tengahari. Selepas makan, rehat dan segarkan diri kami merancang untuk melawat kawasan indoor walaupun plan asal ialah menaiki sky cab. Destinasi kami ialah melawat kawasan Beras Terbakar di Padang Matsirat. Terdapat gerai2 menjual t shirt, kain batik dan lain di situ so kakchik sempat shopping arr.. cantik dan agak murah.

Kami mengambil kesempatan untuk makan laksa di gerai "Laksa Kaw" yang terletak berhampiran kawasan beras terbakar. Ketika menunggu makanan sampai.. hujan menjadi semakin lebat sehingga kami mengambil masa sejam di situ.. tunggu hujan menjadi renyai.. kami singgah di masjid berdekatan untuk solat asar. Kami memutuskan untuk pulang ke motel semula dan sambung indoor xtvt dengan shopping coklat dan pinggan mangkuk.. kesian anak2 terpaksa ikut kakchik.. Dua tempat yang kami sempat tuju iaitu RAMS dan HIG Mall.. area Pekan Kuah. Cepat pulak kedai2 ni tutup so kami pun terpaksa balik ke motel untuk berehat.. kakchik beli roti dan air mineral in case lapar sebab kami dah kenyang makan petang tadi. Kena tidur untuk sambung xtvt esok kannn..



Kawasan yang berpagar di belakang tulah tempat beras terbakar.. hujan masih renyai masa ni


photo kenangan di bawah rumah tradisional area Beras Terbakar 

Kakchik check harga dulu..

ini pun boleh tahan harganya..

Day 2  ~  5.11.2016

Awal pagi kami berposing kat motel.. walaupun hujan renyai kami plan keluar awal untuk sarapan dan menuju ke sky cab. Senang parking kereta sewa sebab orang tidak berapa ramai. Alhamdulillah hujan beransur teduh.. semasa kami meninggalkan kawasan sky cab pengunjung semakin berpusu-pusu. Kami melawat area Pantai Cenang dan Pantai Tengah sebelum xtvt "island hopping" yang memakan masa hampir seluruh petang kami kerana kami mendaki ke Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, melihat xtvt "eagle feeding" dan mandi manda di Pantai Beras Basah.

seronok risya dapat bercuti setelah penat study untuk exam akhir tahun

wefie.. sukanya risya

seronok walaupun teringat kat abang anil yang belajar jauh dan tidak dapat bercuti bersama 

motel yang agak selesa untuk kami sekeluarga

ni dalam sky cab..
hentian sky cab.. 

sukanya kak tasya..
xtvt memberi ikan makan setelah turun dari sky cab dan menonton 3G cinema

buah hati kakchik

mengabadikan kenangan bersama tersayang di Pantai Tengah

kami pilih pakej bajet untuk island hopping.. dewasa RM35 dan kanak2 RM25

kami stop di pulau dayang bunting.. untuk mendaki tasik dayang bunting.. banyak monyet di sini.. takut kakchik

aidil dan risya di kolam untuk kanak2 di Tasik Dayang Bunting

melihat helang buat terjunan untuk menangkap makanan

view helang dari jarak jauh..

risya bermain pasir di Pantai Beras Basah.. pulau terakhir dalam pakej kami

aidil dan risya bermain air di pantai..

Agak meletihkan jugak xtvt ini walaupun sangat seronok.. pukul 6 petang kami sampai di jeti dan terus pulang ke motel untuk membersihkan diri dan solat. Selepas maghrib kami bersiap untuk makan malam di Shell Out Pekan Kuah sebelum meneruskan xtvt shopping coklat dan pinggan mangkuk lagi. Kali ini kami ke Wawasan Baru.. coklat di sana lebih murah kerana mendapat discount untuk bayaran tunai. Selepas itu kami ke RAMS pula.. memilih2 sehingga kedai ditutup.. kami pelanggan terakhir.

promosi masih valid ketika kakchik berkunjung

cuci mata ngan corelle

corelle lagi..

happy call dan kuali ajaib banyak di sana..

kakchik sempat  shopping yang ada discount jer.. syukur banyak-banyak 

Day 3  ~ 6.11.2016

Paginya selepas sarapan kami melawat Makam Mahsuri, berhenti di Gamat Nusantara, bergambar di Dataran Lang dan meneruskan xtvt shopping sebelum berkemas-kemas untuk check out.


menunggu petugas mulakan kerja di luar Makam Mahsuri

membeli sedikit baranagn

wefie lagi..

lokasi yang tidak dilepaskan untuk bergambar kenangan

sweet memory

sempat shopping travel bags.. ada discount

makan tengahari yang sangat lewat selepas sampai di Jeti Kuala Perlis.. restoran di Changlun.. serius sedap.. 

Semasa di Jeti Kuah kami melalui pemeriksaan kastam di pintu masuk - feri berlepas.. tiada cukai dikenakan tetapi kami perlu menunjukkan bukti bermalam di sana.. tiket feri semasa datang atau resit parking kereta di area Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah.. Setelah sampai di Kuala Perlis kami meneruskan perjalanan ke Butterworth untuk ziarah sahabat lama. Seronok sungguh dapat berjumpa setelah hampir 9 tahun tidak bersua muka. 

sahabat lama..

sweetnya Cik Som..

photo kenangan
Terima kasih Cik Som dan keluarga yang menghidangkan makan malam untuk kami sebelum kami meneruskan perjalanan ke selatan tanahair.. alhamdulillah kami selamat sampai.