Kali ni kakchik nak tulis pasal mengait jarum satu..
Kakchik teringat zaman sek keb.. darjah 5 dedulu.. belajar mengait dari kakak sepupu dan emak saudara di kg.. masa tu sibuk mengait alas tv yg 4 segi besar gedabak tu.. tv hitam putih.. patern nya anggur dan nenas.. hehe seronok sesangat dapat belajar mengait sebab jahitan yang menggunakan mesin tidak dibenarkan langsung untuk belajar.. mak kakchik ambil upah menjahit baju kurung.. jadinya mesin jenama "Singer" tu adalah barang yang sangat berharga pada masa tu.. sampai ke tua kakchik tak sentuh langsung.. hehehe. Banyak juga hasil kaitan kakchik di rumah mak termasuk alas meja kopi, meja tepi, meja makan dan yang besarnya cadar.
Tahun ni bila kakchik ke rumah kenduri.. jemputan kahwin.. ada yang memberikan goodies beg yang di dalamnya ada telur yg disalut dengan bekas kait.. cantik n creative walaupun kita tau ada orang yang akan buang selepas dapat. Kakchik pun datang ler minat mengait semula.. nak kait alas meja kopi dan sebagainya dengan warna putih..
Keinginan kakchik dikuatkan lagi apabila kaklong memberitahu bahawa anak perempuan nya akan berkahwin serentak dua orang pada bulan May'2016 ini.. so kakchik pun mulai dengan mengait bekas telur yang pelbagai warna.. khas untuk anak2 kaklong..
Kepada sesiapa yang punya keinginan yang sama boleh email kakchik untuk belajar mengait jarum satu ye. Sambil mengait boleh berzikir untuk tenangkan diri. Muga masa kita dipenuhi dengan perkara yang baik dan manfaat.
No comments:
Post a Comment