Wednesday 16 March 2016

Arisya disyaki Demam Denggi

Assalam.. muga ketenangan menjadi milik kita semua..

Hampir dua minggu yang lepas arisya demam.. dari hari jumaat 4.3.16 dah rasa dedar jer.. demam2 pun masih nak ke majlis kenduri akim (arisya ni peminat cilik Akim) & Stacy di rumah ibunya (Kak Min). Kakchik berikan ubat agar demamnya tidak melarat dan cepat kebah.

Esoknya kakchik bawa si risya berjumpa doktor di klinik area Tmn U. Beberapa ubat yang doktor berikan iaitu ubat demam, batuk + selsema dan antibiotik. Selepas makan ubat.. kecuali antibiotik.. arisya menonton tv dan tertidur. Susah jugak nak jaga budak demam ni.. asyik merengek & berjaga malam. Badan nya agak panas so tak boleh ke tadika la hari ahad tu.. Kakchik ke pejabat seperti biasa.. arisya dijaga oleh papa yang off.. kakchik stay di negeri johor.. jadinya cuti pun berbeza.. yang follow kerajaan cuti jumaat & sabtu.. manakala bank & sykt swasta cuti sabtu & ahad.

Keadaan risya lemah sebab tak selera makan dan tak nak makan ubat jugak. Mengikut kata papanya.. asyik nak berteman jer di bilik tidur.. manja sesangat hingga tak mau makan ubat.. dia penakut ubat dari usia bayi. Kakchik balik dari pejabat terpaksa suapkan sedikit makanan sebab risau tengok keadaannya. Malam tu pun sama arisya merengek dan terjaga selalu. 

Pagi isnin kakchik decide ambil cuti kecemasan dan membawa arisya mendapatkan rawatan seterusnya. Hasil dari ujian darah doktor menyatakan dia disyaki menghidap denggi so petang esok kena datang lagi ke klinik untuk ujian darah. Kesian arisya yang lemah dan langsung tak selera nak makan.

Esoknya kakchik ke pejabat setengah hari dan petangnya bawa arisya ke klinik. Keadaan arisya yang ceret beret dan muntah menyebabkan hasil ujian darahnya agak teruk... platelet darah jatuh pada bacaan 110 so kena datang lagi petang esok. Doktor sarankan kakchik memberi arisya makan sup ketam. Jenuh kakchik mencari ketam.. dapat gak masak sup ketam dan disuapkan sedikit demi sedikit utk makan malam dan esoknya. Pagi rabu kakchik ke pejabat setengah hari jugak.. petang nya kakchik ke klinik lagi..

Abang Anil terlena.. adik risya menonton tv..


menyanyi sama ngan kartun yang ditonton..


Ni hari yang last diambil darah.. bab ambil darah sib dia jenis tahan sakit..
Alhamdulillah platelet darahnya naik kepada bacaan 180 dan tidak perlu datang untuk pemeriksaan seterusnya. Ruam kecil penuh seluruh badan arisya.. doktor memberi calamine lotion sebagai ubat sapu.

Keadaan gatal yang agak teruk.. so hari khamis arisya masih tidak boleh ke tadika lagi. Abang Danial yang masih menunggu visanya siap -  study di St Petersburg - tolong menjaga arisya.. Kak Tasya yang baru mendapat keputusan SPM pula tolong masakkan sup ayam.. bertuah arisya punya abang dan kakak ye.. Turun berat risya satu kilo sebab tak selera makan. Syukur dia dah sihat dan boleh ke tadika semula sebelum cuti pada minggu ni.

Menurut info dari doktor.. demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya.. disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes betina. Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda2. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai2 tanda yang lain.

Tanda2 demam denggi :
1. Demam kuat yang mengejut & berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang2, otot2, sendi2, biji mata & kepala
4. Berdarah pada badan, hidung & mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah2
7. Sakit perut
8. Rasa pahit pada lidah
9. lemah dan tidak bermaya

Muga info dari doktor ini dapat dimanfaatkan bersama dan jangan tunggu lama2 untuk mendapatkan rawatan lanjut.






No comments:

Post a Comment