Assalam semua. Muga kita beroleh ketenangan di dalam menjalani kehidupan seharian bersama tersayang.
Cuti sekolah yang lalu suami kakchik telah menyusun percutian bersama anak-anak dan ayah mentua. Hari Rabu bersamaan 29.5.2024 sebelum subuh kami ke Airport Senai untuk penerbangan awal pagi. Hanya mengambil masa sejam untuk kami landing di Airport Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Setelah mengambil kereta sewa kami bersarapan pagi di sebuah warung viral sekitar Bayan Lepas. Berbagai juadah tersedia untuk dipesan dan kami memilih nasi lemak utara. Ayah memesan roti canai kerana beliau tidak berapa selera hendak menjamah nasi.
Seterusnya kami melawat Penang Hill dengan menaiki keretapi. Pelawat begitu ramai kerana cuti persekolahan. Cuaca yang mendung menyebabkan suhu di atas bukit sejuk dan nyaman. Cuma pemandangan sekitar agak berkabus dan tidak berapa jelas bila berfoto.
Kami menginap selama satu malam di Woodsbury Suites, Butterworth kerana ingin berjumpa kenalan yang tinggal di sana dan keesokannya kami akan ke Penaga pula.
Kami berehat seketika sebelum menyambung aktiviti sebelah malam pula.
No comments:
Post a Comment