Assalam. Muga kita semua ceria dan sentiasa berfikiran positif.
Trip kami di Penang kali ini boleh dikatakan julung kalinya kami ingin melawat abang sepupu suami yang telah lama menetap di sana. Janjitemu telah dibuat untuk berjumpa pada makan malam di sebuah medan ikan bakar iaitu Blue Orchid Seafood Station (BOSS) yang terletak berhampiran dengan jambatan kedua Pulau Pinang.
Hajat nak melawat tempat penginapan beliau tidak kesampaian kerana rumahnya sedang di dalam proses renovasi. Ayah mentua begitu teruja ingin bertemu anak saudaranya yang merupakan seorang doktor pakar di salah sebuah hospital swasta di sana.
Kekenyangan dengan makanan di sambutan hari lahir secara mengejut pada sebelah petangnya menyebabkan kami tidak dapat menghabiskan pelbagai juadah yang banyak walaupun memang sedap. Masakan dari sotong, ikan, udang, ayam, kerang dan sayur memenuhi meja makan.
Terima kasih Abang Zul yang sudi meluangkn masa untuk belanja kami sekeluarga. Muga Allah luaskan lagi rezeki beliau sekeluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Muga Allah membalas segala kebaikan beliau. Aamiin🤲 Kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan tidur. Selamat malam Penang.