Sunday, 30 June 2024

Ziarah Anak Menantu Pindah Rumah Sewa Sri Permaisuri

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.

Hari Sabtu bersamaan 15.6.24 kakchik sekeluarga telah bersiap seawal lepas subuh untuk perjalanan jauh ke Kuala Lumpur. Kami berhenti di Banana Cafe sebelah taman perumahan kami untuk bersarapan pagi terlebih dahulu.

Perjalanan kami mulakan melalui Plus highway dari tol Pulai Jaya hingga kami keluar di tol Jasin. Kami singgah ke rumah Kak Uda di Kg. Tersusun Lipat Kajang untuk urusan penghantaran barang yang dikirim oleh anak Kak Uda yang tinggal di Johor. Setelah minum dan menjamah sedikit kuih muih yang kak uda jamu, kami pun meneruskan lagi perjalanan ke KL. 

Perjalanan agak lancar dan kami selamat tiba di Apartment Kasturi, Bandar Sri Permaisuri pada jam 1.00 tengahari. Seronoknya dapat bertemu si Adam cucu kakchik yang sangat keletah dan tengah aktif bertatih untuk berjalan.






Danial anak kakchik menyewa di tingkat 9 bersama keluarga kecilnya. Pemandangan dari atas rumahnya, kelihatan rumah sewa kakchik juga. Danial memilih menyewa di Kasturi kerana bersebelahan dengan pengasuh anaknya dan tapak parking yang tersedia untuk tiap unit berbanding Penara rumah kakchik yang agak sesak dan open parking.

Kami bermalam di rumah sewaan Danial yang ada 3 bilik. Seronok dapat bertemu anak menantu dan juga cucu. Alhamdulillah🤲

No comments:

Post a Comment