Sunday, 30 June 2024

Konvo Darjah Khas Johor 2023/24 Peringkat Zon Iskandar Puteri

Assalam.. muga kita semua dikurniakan barokah dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Tanggal 22.6.2024 bersamaan hari Sabtu kakchik dan anak berpagian bersiap sedia untuk acara konvo Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bertempat di Hotel Avenue. Hanya anak dan seorang ibu atau bapa sahaja dibenarkan untuk turut serta. Bayaran yang dikenakan untuk pelajar sebanyak RM120 dan untuk parent RM60 jadi berjumlah RM180 perlu dijelaskan secara di dalam talian kira-kira 2 minggu sebelum majlis.














Tahniah sayang🌹muga terus berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin🤲





Trip ke Melaka Ambil Anak di Asrama

Assalam.. muga kita semua beroleh ketenangan walau dimana jua berada.

Tanggal 21.6.2024 bersamaan hari Jumaat kakchik ditemani oleh Aidil bergerak dari Skudai ke Selandar untuk membawa pulang anak bongsu. Kebenaran membawa pulang khas secara online telah suami kakchik submit dan diluluskan.





Dalam masa yang sama kakchik telah berpakat dengan Kak Uda untuk melawat anak saudara yang ditimpa kecelakaan dan patah tulang keting di rumahnya sekitar taman perumahan di Tangkak pada sebelah petang. Anak saudara kakchik telah mendapatkan rawatan di Hospital Muar dan doktor membenarkan beliau pulang setelah selesai urusan simen kaki dan direhatkan selama 3 hari di wad.

Kami meneruskan perjalanan dan singgah di rnr Tangkak untuk mengisi petrol dan solat jamak sebelum gerak pulang ke Johor Bahru. Lebuhraya agak lengang jadi kami tiba awal di Skudai dan sempat menunaikan solat maghrib di rumah sahaja. Syukur alhamdulillah.

Ziarah Anak Menantu Pindah Rumah Sewa Sri Permaisuri

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.

Hari Sabtu bersamaan 15.6.24 kakchik sekeluarga telah bersiap seawal lepas subuh untuk perjalanan jauh ke Kuala Lumpur. Kami berhenti di Banana Cafe sebelah taman perumahan kami untuk bersarapan pagi terlebih dahulu.

Perjalanan kami mulakan melalui Plus highway dari tol Pulai Jaya hingga kami keluar di tol Jasin. Kami singgah ke rumah Kak Uda di Kg. Tersusun Lipat Kajang untuk urusan penghantaran barang yang dikirim oleh anak Kak Uda yang tinggal di Johor. Setelah minum dan menjamah sedikit kuih muih yang kak uda jamu, kami pun meneruskan lagi perjalanan ke KL. 

Perjalanan agak lancar dan kami selamat tiba di Apartment Kasturi, Bandar Sri Permaisuri pada jam 1.00 tengahari. Seronoknya dapat bertemu si Adam cucu kakchik yang sangat keletah dan tengah aktif bertatih untuk berjalan.






Danial anak kakchik menyewa di tingkat 9 bersama keluarga kecilnya. Pemandangan dari atas rumahnya, kelihatan rumah sewa kakchik juga. Danial memilih menyewa di Kasturi kerana bersebelahan dengan pengasuh anaknya dan tapak parking yang tersedia untuk tiap unit berbanding Penara rumah kakchik yang agak sesak dan open parking.

Kami bermalam di rumah sewaan Danial yang ada 3 bilik. Seronok dapat bertemu anak menantu dan juga cucu. Alhamdulillah🤲