Assalam.. muga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.
Kakchik panjatkan rasa penuh kesyukuran pada yang esa di atas rezeki usia yang diberikan selama ini. Tanggal 9 Mei, 2024 bersamaan hari Khamis ialah hari ulangtahun kelahiran kakchik. Petang sehabis waktu kerja, suami kakchik telah meraikan secara sederhana di Seoul Garden cawangan Angsana, Johor Bahru. Sedap hidangan stimboat dan gril yang semua pelanggan harus masak sendiri.
Terima kasih anak menantu yang menaja kek red velvet yang diurus penghantaran ke rumah kami. Terima kasih juga kepada si cantik Tasya yang hadiahkan jam tangan couple untuk mama dan papa. Ianya sangat bermakna dan kami menghargainya.
Muga kakchik dikurniakan kesihatan dan rezeki usia yang berkat di samping suami dan anak2 tercinta. Aamiin🤲
No comments:
Post a Comment