Friday, 31 May 2024

Adik Sepupu Meninggal Dunia @ 5.5.2024

Assalam.. setiap yang bernyawa pasti akan mati, janji Allah itu tidak cepat atau lewat walau sesaat.

Petang Ahad tanggal 5 Mei kakchik mendapat khabar duka bahawa adik sepupu yang tinggal di Rawang telah menghembuskan nafas terakhir. Beliau yang mengidap sakit kanser telah beberapa kali menjalani pembedahan sebelumnya.

Kakchik ketika mendapat perkhabaran sedang berada di kampung suami di Tg. Piai, atas urusan melawat ibu saudara suami yang kurang sihat. Jadinya kakchik tidak dapat melawat jenazah yang disembahyangkan di masjid sekitar perumahan. Jenazah seterusnya telah selamat dikebumikan  juga di Rawang.

Sejak arwah sakit, beberapa kali kakchik terjumpa ketika menghadiri kenduri di rumah kakak beliau. Muga roh arwah ditempatkan bersama para solihin dan tenang di sana.





Result Peperiksaan SDKA 2023 Si Bongsu Kakchik

Assalam.. muga kita semua sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Tanggal 13.5.2024 ialah tarikh result Sijil Darjah Khas Agama Johor (SDKA) bagi tahun 2023 akan diumumkan. Ianya boleh dicapai melalui talian online pada jam 10.00 pagi. Syukur alhamdulillah anak kakchik mendapat keputusan Pangkat 1 dengan aggregat 12. Muga si bongsu kami Nur Ilyana Arisya akan terus maju jaya di dalam segala bidang dan lapangan.

Jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar yang telah memberi peluang kepada si bongsu menduduki peperiksaan walau sukar untuk hadir ke kelas mingguan kerana bersekolah di negeri lain iaitu di Melaka.

Muga Allah sahaja yang membalas segala jasa baik para ustazah. Aamiin🤲


Kami meraikan sibongsu sempena kejayaan beliau dengan makan malam di Der Kabin Taman Universiti yang berhampiran dengan kediaman kami. Tahniah si budak comel!

Thursday, 30 May 2024

Hari Lahir Kakchik ke 50 an

Assalam.. muga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.

Kakchik panjatkan rasa penuh kesyukuran pada yang esa di atas rezeki usia yang diberikan selama ini. Tanggal 9 Mei, 2024 bersamaan hari Khamis ialah hari ulangtahun kelahiran kakchik. Petang sehabis waktu kerja,  suami kakchik telah meraikan secara sederhana di Seoul Garden cawangan Angsana, Johor Bahru. Sedap hidangan stimboat dan gril yang semua pelanggan harus masak sendiri.

Terima kasih anak menantu yang menaja kek red velvet yang diurus penghantaran ke rumah  kami. Terima kasih juga kepada si cantik Tasya yang hadiahkan jam tangan couple untuk mama dan papa. Ianya sangat bermakna dan kami menghargainya.

Muga kakchik dikurniakan kesihatan dan rezeki usia yang berkat di samping suami dan anak2 tercinta. Aamiin🤲