Sunday 28 April 2024

Aidilfitri 1445H/2024M @ 10.4.2024

Assalam.. muga kita semua dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan ceria.

Hari rabu tanggal 10.4.24 merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024. Kakchik sekeluarga menyambutnya di Melaka iaitu kampung kakchik. Muga puasa dan segala amalan kita sepanjang Ramadhan di terima Allah s.w.t. dan muga ikatan silaturrahim bertambah erat. Amiin Jangan lupa membayar zakat fitrah buat semua.

Kami pulang ke kampung sehari sebelum hari raya menjelang. Mengayam ketupat dan seterusnya mengisi beras dan merebusnya sambil menyediakan juadah untuk berbuka puasa hari terakhir. Seronoknya anak-anak kakchik dapat berbuka bersama nenek dan atuk di kampung.



Tarikh hari raya telah diumumkan jatuh pada hari esok iaitu 10.4.24 dan solat isyak pada malam itu diikuti dengan gema takbir di surau. Kakchik membantu emak membuat sedikit persiapan untuk memasak juadah hari raya sebelum pulang ke homestay sekitar Jasin untuk bermalam bersama anak menantu dan cucu.

Alhamdulillah kami menunaikan solat subuh, bersarapan dengan lemang + rendang sebelum ke surau untuk solat sunat aidilfitri. Seterusnya kami bersiap untuk ke rumah emak. Anak-anak membantu mengisi cookies ke dalam bekas yang telah dibersihkan untuk kami nikmati bersama.

Ketupat dan rendang serta berbagai juadah disaji bagi yang ingin menikmatinya. Sedap sungguh masakan air tangan emak. Kami meneruskan tradisi bermaafan sesama keluarga dan ada sedikit sesi bergambar sebagai kenangan bersama.

Indahnya beraya bersama yang tersayang. Muga Allah pelihara kami semua. Aamiin🤲

No comments:

Post a Comment