Sunday, 31 March 2024

Si Bongsu Naik Semester Baru Tingkatan 2

Assalam semua. Muga bulan Ramadhan yang mulia ini dapat kita jalani ibadah puasa dan menambahkan pahala dengan ibadah tadarrus Al Quran, bersedekah serta berzakat fitrah.

Syukur alhamdulillah sebelum bulan puasa iaitu tanggal 10.3.24 bersamaan hari Ahad kami menuju ke Melaka sebelum subuh hari untuk menghantar si bongsu pulang ke asrama memulakan semester baru tingkatan 2 sesi 2024/25.

Pada tahun ini puteri kami dapat dorm di tingkat 3 dan kebetulan senior telah "cop" semua katil bawah dan beliau terpaksa memilih katil bahagian atas. Pihak pengurusan baharu hal ehwal pelajar pula melarang ibubapa masuk ke asrama dan dorm, kesian anak-anak berpeluh-peluh membawa naik beg-beg yang besar dan banyak. 

Kejutan buat kami sebagai ibubapa kerana pada tahun sebelumnya, pihak pengurusan membenarkan ibu atau kakak untuk masuk ke dorm bagi membantu. Syukurlah anak kakchik berbadan sederhana besar dan mampu melakukan segala secara berdikari.

Muga anak kakchik dapat menyesuaikan diri di dorm baru bersama kawan-kawan dan kakak senior juga dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Aamiin🤲





No comments:

Post a Comment