Sunday, 31 March 2024

Hasil Crochet Kakchik

Assalam.. muga amalan puasa kita semua diterima oleh Nya. Aamiin🤲

Hobi mengait masih kakchik teruskan lagi. Beberapa tempahan di terima sebelum bulan Ramadhan. Kebanyakannya ialah beg telekung. Ada satu yang menjadi viral iaitu patern bentuk riben, kakchik kaitkan istimewa atas permintaan menantu.







Sahabat Suami Kemalangan dan Meninggal

Assalam.. muga kita semua dapat menyediakan sedikit bekalan untuk menuju alam yang abadi.

Tanggal 15.3.24 bersamaan dengan pagi Jumaat kami dimaklumkan di group wasap "Isteri TIJB" bahawa sahabat sekelas suami kakchik semasa di Tijb mengalami kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Arwah di dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dari rumahnya di Simpang Renggam ke Jalan Tebrau, Johor Bahru.

Arwah Shahrul Munir bin Salamun seorang yang pendiam dan berwatak baik. Kami dan beberapa sahabat lain turut serta menziarahi buat kali terakhir di kediaman beliau dan turut serta solat jenazah selepas solat asar di masjid berhampiran taman perumahannya. 

Segala urusan telah dipermudahkan dan jenazah selamat dikebumikan sekitar pukul 5 petang. Perkuburan di sebelah lorong taman perumahan arwah. Muga roh arwah ditempatkan bersama para solihin dan muga isteri arwah iaitu Puan Rohimah juga anak-anak tabah dan redho di atas ketentuan Nya. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
















Si Bongsu Naik Semester Baru Tingkatan 2

Assalam semua. Muga bulan Ramadhan yang mulia ini dapat kita jalani ibadah puasa dan menambahkan pahala dengan ibadah tadarrus Al Quran, bersedekah serta berzakat fitrah.

Syukur alhamdulillah sebelum bulan puasa iaitu tanggal 10.3.24 bersamaan hari Ahad kami menuju ke Melaka sebelum subuh hari untuk menghantar si bongsu pulang ke asrama memulakan semester baru tingkatan 2 sesi 2024/25.

Pada tahun ini puteri kami dapat dorm di tingkat 3 dan kebetulan senior telah "cop" semua katil bawah dan beliau terpaksa memilih katil bahagian atas. Pihak pengurusan baharu hal ehwal pelajar pula melarang ibubapa masuk ke asrama dan dorm, kesian anak-anak berpeluh-peluh membawa naik beg-beg yang besar dan banyak. 

Kejutan buat kami sebagai ibubapa kerana pada tahun sebelumnya, pihak pengurusan membenarkan ibu atau kakak untuk masuk ke dorm bagi membantu. Syukurlah anak kakchik berbadan sederhana besar dan mampu melakukan segala secara berdikari.

Muga anak kakchik dapat menyesuaikan diri di dorm baru bersama kawan-kawan dan kakak senior juga dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Aamiin🤲