Assalam.. muga kita dapat hidup tenang dan dapat bernafas dengan udara kurniaan Ilahi. Syukur alhamdulillah.
Tanggal 12.8.2023 bersamaan dengan hari Sabtu kakchik ke Shah Alam untuk menghadiri jemputan sahabat baik di sana. Kami mulakan perjalanan dengan motorsikal dari Skudai ke Selandar, Melaka untuk melawat si puteri bongsu.
Sedikit buah tangan iaitu ayam dan kentang goreng, minuman air kotak juga buah mangga kami bawa untuk si bongsu dan kawan-kawan yang turut berkumpul. Alhamdulillah rezeki kongsi bersama😊 Muga Allah lindungi puteri kami dan sahabat semua. Aamiin🤲
No comments:
Post a Comment