Monday 29 August 2022

Pemergian Abadi Emak Mertua @ 15.7.2022

Assalam.. muga kehidupan kita semua di rahmati oleh Allah swt. Aamiin🤲🤲

Mak mertua kakchik dikejarkan ke hospital pada petang Rabu bersamaan 13.7.22 setelah mengalami sesak nafas. Pada masa itu beliau ditempatkan di wad kecemasan sementara menunggu result ujian covid keluar dan awal pagi hari Khamis telah ditempatkan di wad biasa setelah keputusan covidnya negative.

Kakchik sempat berziarah pada petang Khamis setelah menghantar anak ke sekolah agama dan menumpangkan kenderaan Ustazah Norazlin ketika anak kakchik pulang dari sekolah kerana takut tersangkut jalan yang jem teruk.

Keadaan mak sangat kritikal dan beliau di dalam keadaan koma setelah tiba di hospital. Doktor hanya memberitahu bahawa banyak organ mak yang telah rosak. Mak diberikan bantuan pernafasan tetapi tidak ditempatkan di wad kecemasan kerana wad penuh dengan pesakit covid yang kritikal juga. Doktor menerangkan sekiranya percubaan bantuan oksigen tidak berjaya, anak-anak juga keluarga terdekat kena bersedia menerima segala kemungkinan yang akan berlaku.

Mak ditemani oleh menantu bongsunya yang tinggal bersebelahan rumah pada malam itu. Subuh tanggal 15.7.2022 iaitu bersamaan dengan hari Jumaat yang barokah, emak telah pulang ke kampung abadi buat selamanya. Muga roh emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Aamiin

Jenazah telah dimandi dan dikafankan di Hospital Sultanah Aminah seterusnya di bawa pulang ke rumah di Taman Damai Jaya untuk tatapan terakhir saudara mara juga jiran tetangga. 

Setelah itu jenazah dibawa siap-siap ke Masjid Taman Damai Jaya untuk disembahyangkan seusai solat Jumaat. Alhamdulillah ramai jemaah solatnya. Seterusnya jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Danga. Syukur semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.



No comments:

Post a Comment