Assalam.. muga kalian sihat sejahtera bersama insan yang tersayang.
Tanggal 12 Mac 2022 bersamaan hari Sabtu merupakan tarikh mengundi bagi PRN Johor. Kebetulan tarikh tersebut juga berlangsung majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami kakchik yang bernama Shahrul Aiman bin Othman. Majlis diadakan di Dewanraya Taman Nusantara.
Pada pagi harinya kakchik terlebih dahulu menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Kali ini kakchik mengundi di tempat yang sama seperti tahun 2018 iaitu di Sekolah Agama Taman Universiti. Setelah itu kakchik pun bersiap-siap untuk ke majlis adik ipar yang bernama Nurhidayah sebagai ibu pengantin.
Majlis telah pun berlangsung dan kakchik membantu di bahagian goodies. Jemputan agak ramai dan seronok rasanya dapat bertemu saudara mara yang hadir memenuhi jemputan. Selamat pengantin baru buat Aiman dan pasangannya dengan nama timangan "baby". Muga ikatan suci yang terjalin berbahagia hingga ke syurga nanti. Aamiin.
No comments:
Post a Comment