Friday 28 January 2022

BOOSTER DOSE VAKSIN 8.1.22

Assalam. Muga hari-hari yang kalian lalui menenangkan bersama yang tersayang.

Kakchik telah menerima pesanan ringkas (sms) dari pihak KKM untuk janjitemu suntikan penggalak yang dijadualkan pada tarikh 8.1.22 bersamaan dengan hari Sabtu. Suami kakchik pun mendapat janjitemu yang sama iaitu di Dewan Raya Taman Universiti, Johor Bahru. Ianya berhampiran dengan tempat tinggal kami di Taman Pulai Utama.


Syukur alhamdulillah kakchik dan suami tidak mengalami simptom dan alahan teruk. Kakchik cuma sesekali terasa bisa tulang jika membuat kerja terlalu lama pada keesokannya. Pada hari ketiga sakit-sakit dan sengal tulang sembuh.

Muga kita semua sentiasa dilindungi Allah Taala dari segala bencana. Aamiin.

2 comments:

  1. tahniah...menjadi salah seorang yang melindungi komuniti dengan membentuk kekebalan imuniti

    ReplyDelete