Friday, 6 August 2021

Anniversary Perkahwinan Kakchik Tahun 2021

Assalam.. muga kalian berada di dalam keceriaan dan ketenangan bagi meneruskan kehidupan seharian yang serba mencabar ini.

Tanggal 6.8.2021 bersamaan hari jumaat yang mulia merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan kakchik dan suami. Syukur alhamdulillah masih dapat meraikan bersama keluarga walaupun berada di dalam tempoh PKP. 

Rasa syukur kakchik panjatkan kepada Yang Maha Esa atas nikmat kehidupan dan kesihatan yang dikurniakan kepada kakchik suami isteri serta keluarga. Kes baru Covid 19 semakin meningkat dan mencecah angka 20 ribu dengan jumlah kematian yang tinggi. Di sana sini ada sahaja berita kawan-kawan juga jiran yang dimasukkan ke wad asbab virus C 19 yang semakin mengganas. Muga virus C 19 Allah angkat ke langit dan lenyap dari mukabumi kita. 

Sempena tarikh keramat kami dan sebagai tanda ingatan, kakchik masakkan nasi minyak dimakan bersama daging masak hitam dan salad tomato/timun jepun. Dapatlah sedikit dibungkus untuk ibu dan ayah mertua sebagai buah tangan.








Terima kepada suami kakchik yang telah menghadiahkan hand phone baru. Kakchik amat menghargainya kerana memori yang besar memudahkan anak bongsu menyimpan nota pembelajaran secara di dalam talian.

Syukur sekali lagi. Muga ikatan kami berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment