Friday, 31 December 2021

31.12.21 Hujan Turun Berterusan Di Kampung Kakchik

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera dan berbahagia bersama yang tersayang.

Menurut ramalan pakar, hujan dijangka berterusan di seluruh negeri Johor juga Melaka pada hari Jumaat 31.12.2021. Jadinya kakchik kongsikan persekitaran kampung kakchik yang turut terkesan dengan limpahan hujan.






Muga tahun baru 2022 menjanjikan pancaran sinaran mentari agar limpahan air berlebihan dapat disedut. Selamat tahun baru!

Pulang Ke Kampung Pondok Batang

Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan beroleh ketenangan.

Sesekali kami adik beradik pulang ke kampung dan berkumpul di rumah mak kakchik di Melaka iaitu di Kampung Pondok Batang, Asahan. Kampung kakchik ni berhampiran dengan kaki Gunung Ledang laluan dari Asahan.

Arwah abah semasa hayatnya banyak kali juga menemani kawan-kawan dan saudara mara yang berhajat untuk mendaki di situ. Cuma kami adik beradik arwah abah nasihatkan supaya tidak ke sana. Kami tidak pasti kenapa arwah abah halang kami mendaki tetapi kami tetap patuh dan akur sahaja. Mungkin sebab kami semua perempuan agaknya. Hihi


Buat masa ini mak dan bapa tiri tinggal di rumah kampung. Adik bongsu kakchik pula berpindah ke kampung sejak pendemik melanda. Beliau yang bertugas sebagai Event Management langsung tidak dapat meneruskan kerjaya dan beralih berniaga produk kecantikan & kesihatan secara di dalam talian. Muga adik tabah dan berjaya di dalam perniagaan. 




Thursday, 30 December 2021

Keputusan UPKK Arisya 8A

Assalam.. muga kalian tenang dan sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani kehidupan seharian.

Tanggal 28.12.2021 diumumkan keputusan peperiksaan UPKK untuk tahun 2021 iaitu batch darjah 5 dan darjah 6 (iaitu darjah 5 tahun 2020) serentak diadakan kerana tahun lepas tiada peperiksaan dijalankan disebabkan pendemik Covid 19.

Istimewanya tahun ini UPKK menggunakan Modul Penilaian Kelas Kafa (MPKAFA) diadakan dalam bentuk lisan bagi setiap subjek. Ianya lebih mencabar bagi ustaz/ustazah di dalam menilai kebolehan pelajar menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Begitu juga untuk pelajar-pelajar yang gemuruh ianya sangat sukar ditangani tetapi kebaikannya ia melatih kebolehan pelajar berinteraksi secara lisan. 

Ianya juga dapat dijadikan sebagai pengalaman awal pelajar untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ilmu agama sebagai bekalan sepanjang hayat dan di akhirat nanti. 

Tahniah anakanda Arisya! cemerlang di atas usaha dan juga ilmu serta galakan dari ustaz/ustazah. Syukur alhamdulillah. Muga terus mencapai kejayaan dan menjadi anak yang solehah. Aamiin.






Sepatutnya seperti yang diwar-warkan oleh pihak sekolah, keputusan UPKK diambil melalui atas talian dan juga pesanan sms tetapi laman web menjadi sesak dan tidak dapat ditembusi walau telah beratus kali cubaan. Begitu juga dengan sms, tidak berbalas.

Akhirnya setelah menunggu lebih dari 24 jam, kakchik mengambil result di bilik guru sekolah. Kesian anakanda kakchik yang ternanti-nanti dengan penuh debaran. Hihihi belum canggih ye sistemnya. Perlu di upgrade supaya cukup power menangani trafik seluruh negara.






Tuesday, 28 December 2021

DEFECT WORKS RUMAH DURIAN TUNGGAL

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kesejahteraan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Kakchik kongsikan mengenai kerja-kerja kecacatan yang terdapat di rumah baru kakchik. Kali pertama kakchik hantar borang kecacatan iaitu pada 26.12.20, sehari selepas cuti Christmas tahun lepas. Dalam tempoh dua bulan pihak pemaju menghantar email menyatakan mereka telah membaik pulih kecacatan tersebut.

Berikutan PKP yang berlarutan hingga 10 bulan dari awal tahun 2021, kakchik tidak berpeluang untuk pulang ke Melaka kerana halangan rentas negeri. Jadinya kami juga tidak dapat mengesahkan kerja baik pulih yang telah dibuat.

Setelah kebenaran merentas negeri pada 11.10.21 kami pun pulang ke Melaka beberapa kali. Pada cuti Deepavali yang lepas kami pulang ke rumah Durian Tunggal dan bermalam beberapa hari di situ. Bila agak lama kami sempat mengesan kecacatan di rumah tersebut yang masih belum dibaik pulih sepenuhnya dan seterusnya kami menghantar borang kecacatan buat kali kedua ke pejabat selenggaraan untuk tindakan mereka dengan kadar segera.

Besar harapan kakchik agar rumah yang dibeli hasil titik peluh kami bekerja makan gaji itu dapat dipulihkan kembali. Sehingga tarikh 27.12.21 defect works masih belum selesai kerana kakchik sekeluarga bercuti dan singgah menginap.




Tuesday, 30 November 2021

Pertunangan Danial 6.11.21

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari yang semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.

Tarikh yang dipilih untuk merisik dan bertunang ialah pada 6.11.2021 bersamaan hari Sabtu. Sekitar jam 9.00 pagi kakchik dan keluarga bergerak dari rumah di Durian Tunggal menuju ke utara iaitu ke Bandar Baru Kuala Selangor. 

Pekan Ijok menjadi tempat perjumpaan dengan anakanda sulung kakchik yang bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur. Segala persiapan telah beliau sediakan. Kakchik cuma membawa buah tangan dan cenderahati sahaja.




Selamat bertunang Danial dan Atirah Azizi. Muga ikatan pertunangan terpelihara hingga ke jinjang pelamin pernikahan. Insya Allah.

Sunday, 28 November 2021

AIDIL GENAP 14 TAHUN

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan di dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa berminda positif agar bertindak juga secara positif.

Tanggal 22.10.21 bersamaan dengan hari Jumaat merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kakchik yang nombor tiga iaitu Muhammad Aidil. Muga Aidil dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan dan menjadi remaja yang soleh juga berbakti kepada kedua ibubapa. Aamiin.

Kami meraikannya dengan makan malam di Restoran Secret Recipe dan kemudian memotong kek di rumah sahaja sebagai tanda ingatan.






Wednesday, 17 November 2021

AIDIL VAKSIN DOS KEDUA

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kesejahteraan bersama keluarga yang tercinta. Muga ceria dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang positif serta kekalkan menjaga SOP walau di mana kalian berada. Jalani norma baru sebagai habit.

Janjitemu Aidil untuk vaksin dos kedua di PPV Taman Nusantara sekitar jam 9.00 pagi tarikh 29.10.21. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 diberi laluan waktu pagi pada hari Jumaat yang penuh barokah itu. Seperti biasa kena beratur untuk ambil nombor setelah mengimbas MySejahtera dan periksa suhu. Seterusnya menunggu hingga tiba giliran dalam tempoh setengah jam.

Syukur alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan suntikan juga agak pantas. Setelah disuntik menunggu sebentar untuk dikemaskini data di dalam sistem MySejahtera dan seterusnya boleh pulang.

Terima kasih petugas barisan hadapan. Muga ikhtiar ini dapat mengelak dari virus Covid 19 yang masih berleluasa di mukabumi kita.

Friday, 29 October 2021

AIDIL VAKSIN DOS PERTAMA DI PPV NUSANTARA

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagian buat kalian semua.

Tanggal 8.10.21 bersamaan hari Jumaat yang penuh barokah, kakchik membawa anak untuk mendapatkan suntikan vaksin di Dewan Taman Nusantara. Pihak Sek. Men. Taman Universiti 1 telah menyusun jadual janjitemu untuk semua pelajarnya. Janjitemu Aidil disusun pada pukul 9.00 pagi mengikut MySejahtera dimulakan dengan beratur panjang untuk mengambil nombor giliran.







Seterusnya menunggu giliran pula untuk mendengar taklimat dari doktor. Akhirnya terus bertemu dengan jururawat untuk suntikan. Ambil masa hampir sejam setengah untuk selesai kerana bilangan pelajar sekolah yang agak ramai.

Alhamdulillah telah berusaha dan ikhtiar untuk mengelak dari penyakit merbahaya. Muga Covid 19 cepat terhapus dari bumi kita. Aamiin.

Saturday, 23 October 2021

ZIARAH PUSARA ABAH DAN ADIK

Assalam..hope you are happy and always maintain the SOP in every movement.

The date 11.10.21 PM has been announced as the initial date to be able to cross the country except in the PKPD area. Kakchik and family took the opportunity to return to our house in Durian Tunggal and then visit my mother in the village. We haven't seen each other in almost a year.

On Sunday evening at 17.10.21 we also had the opportunity to visit the tomb of father and younger brother. It is a sign of our memory, although we still visit occasionally. The last time we visited was during the celebration of Raya Haji last year. 






Our visit felt complete after going to the tomb. God willing, we will visit again when we return to the village.


Thursday, 30 September 2021

Ulang Tahun Tasya ke 23

Assalam.. may today be better than yesterday and the day that will come promises happiness for all of us.

September 17, 2021 along with a blessed Friday, is the 23 year anniversary of kakchik's second child's birth. She is still study at UiTM Shah Alam.

Especially for her special day, papa has arranged a surprise by sending a pot of money and cake via delivery order to her rental house.

Happy birthday Sya. Mama prays for Sya to have a long life that is blessed and successful in all fields that you are involved in as well as being an example for her younger siblings. Amen.
















Thursday, 16 September 2021

Kehilangan Anak Sahabat Asbab Covid 19

Assalam. Muga kalian sekeluarga beroleh ketenangan di dalam mengharungi hidup yang serba mencabar ini.

Kisah kehilangan anak bongsu Puan Norhazizan binti Borhan, sahabat kakchik  dari zaman sekolah menengah. Kakchik kongsikan bersama sebagai kenangan kita semua. Mereka sekeluarga yang menetap di Bemban disahkan positif Covid 19 bermula dari si abang yang menjalani praktikal pekerjaan di sebuah kilang sekitar Melaka.

Si abang yang tidak larat kerana mengalami demam teruk dimasukkan ke Hospital Jasin dan kemudian dirujuk ke Hospital Melaka. Berikutnya sahabat kakchik pula dimasukkan ke hospital dalam keadaan beliau pengsan dan disahkan berada di tahap 5. Allahu Akhbar. Hospital Jasin ketika itu penuh dengan jumlah kes Covid 19 yang meningkat.

Anak lelaki bongsu dan suami beliau pula dimasukkan ke Hospital Melaka kerana berada di tahap 4. Anak sulung juga positif tetapi tidak mengalami sebarang simptom. Jadinya beliau dikuarantin di rumah.

Dua hari berikutnya Ijjan dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Sahabat kakchik ditidurkan dan berada di wad ICU manakala 3 orang ahli keluarganya dirawat dengan bantuan topeng pernafasan.

Kakchik dan sahabat yang lain turut merasakan kesedihan di atas musibah yang Ijjan sekeluarga sedang tempohi. Anak perempuan keduanya yang sedang menghadapi peperiksaan akhir dan tinggal di rumah sewa sekitar KL ketika itu tidak dijangkiti Covid 19. Kakchik turut serta di dalam majlis bacaan Yaasiin online yang batch Sharodz kami anjurkan. Doa dan harapan kami panjatkan kepada Allah yang Esa agar Ijjan sekeluarga segera pulih.

Tiap hari kami nantikan berita dan perkembangan terkini dari anak sulungnya. Kami berasa lega bila si abang telah keluar wad dan meneruskan kuarantin di rumah bersama kakaknya. Ijjan pula menunjukkan respons yang baik hingga boleh ke wad biasa walau masih memerlukan topeng oksigen.

Pada masa yang sama anak bongsunya pula semakin kritikal, beliau dimasukkan ke wad ICU dan ditidurkan kerana tahap oksigen yang merosot. Keesokan harinya iaitu pada tanggal 3.8.2021 kami menerima berita pemergian si bongsu. Kedua ibubapa masih tidak tahu berita tersebut kerana mereka di dalam pemantauan kesihatan oleh pihak hospital. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun. Tenanglah di sana wahai anak. Muga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat sahabatku Ijjan. Muga kuat dan tabah menerima berita sedih lagi memilukan ini.

Wednesday, 1 September 2021

Suntikan Vaksin Dos Kedua

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera bersama keluarga tercinta dan sentiasa di bawah naungan Nya yang esa.

Tarikh 18 Ogos, 2021 bersamaan hari Rabu tibalah giliran dan janji temu kakchik untuk mendapatkan suntikan vaksin pfizer bagi dos kedua. Muga ikhtiar juga usaha ini diredhai Allah dan terlindung dari segala virus covid 19.

Kita perlu membawa bersama-sama kad pengenalan, kad vaksin juga borang yang diberi ketika mendapat suntikan pertama. Selain dari itu kita juga perlu memakai baju yang bersesuaian dan mudah di selak untuk disuntik.

Alhamdulillah cepat dan sangat lancar proses  suntikan yang pihak KKM berikan. Masa bertenang sahaja agak lama kerana mereka perlu memastikan setiap orang berada di dalam kondisi yang baik sebelum berlepas pulang. Terima kasih KKM dan semua petugas barisan hadapan.

Khidmat laminate kad vaksin secara percuma juga disediakan di situ.





Sunday, 29 August 2021

Hari Lahir Abang Danial Ke 25

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Kita masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Muga virus Covid 19 di angkat ke langit dan lenyap segera agar kita dapat menjalani kehidupan normal kembali.

Tanggal 9 Julai, 2021  iaitu hari jumaat yang penuh barakah merupakan ulang tahun kelahiran anak sulung kakchik. Beliau lahir di Hospital Kuala Lumpur ketika kakchik menginap di Taman Desa Setapak.

Kakchik kongsikan hari yang amat istimewa ini dengan menempah khidmat penghantaran kek Mamasab ke pejabat tempat beliau bekerja, kebetulan tidak ada jadual turun ke pelantar. Jadinya beliau dapat meraikan bersama rakan setugas.

Selamat hari lahir Danial, muga sentiasa dilimpahkan rezeki dari pelbagai sudut dan bertemu jodoh dengan yang beriman. aamiin.

Friday, 6 August 2021

Anniversary Perkahwinan Kakchik Tahun 2021

Assalam.. muga kalian berada di dalam keceriaan dan ketenangan bagi meneruskan kehidupan seharian yang serba mencabar ini.

Tanggal 6.8.2021 bersamaan hari jumaat yang mulia merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan kakchik dan suami. Syukur alhamdulillah masih dapat meraikan bersama keluarga walaupun berada di dalam tempoh PKP. 

Rasa syukur kakchik panjatkan kepada Yang Maha Esa atas nikmat kehidupan dan kesihatan yang dikurniakan kepada kakchik suami isteri serta keluarga. Kes baru Covid 19 semakin meningkat dan mencecah angka 20 ribu dengan jumlah kematian yang tinggi. Di sana sini ada sahaja berita kawan-kawan juga jiran yang dimasukkan ke wad asbab virus C 19 yang semakin mengganas. Muga virus C 19 Allah angkat ke langit dan lenyap dari mukabumi kita. 

Sempena tarikh keramat kami dan sebagai tanda ingatan, kakchik masakkan nasi minyak dimakan bersama daging masak hitam dan salad tomato/timun jepun. Dapatlah sedikit dibungkus untuk ibu dan ayah mertua sebagai buah tangan.








Terima kepada suami kakchik yang telah menghadiahkan hand phone baru. Kakchik amat menghargainya kerana memori yang besar memudahkan anak bongsu menyimpan nota pembelajaran secara di dalam talian.

Syukur sekali lagi. Muga ikatan kami berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.

Saturday, 31 July 2021

Birthday Hubby ke 51

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang.

Tanggal 30 Mei, 2021 bersamaan hari ahad merupakan hari lahir hubby kakchik yang ke 51. Sambutan tahun ini dibuat secara sederhana di rumah kami kerana tempoh PKP.

Muga bertambah usia yang berkat, dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik buat suami kakchik. Aamiin.





Syukur alhamdulillah kerana masih dapat meraikan bersama keluarga walau Abang Nil dan Kak Sya tidak dapat bersama. Muga tahun hadapan kami dapat menyambutnya di luar dengan kehidupan normal tanpa Covid 19. Insya Allah.