Saturday, 29 February 2020

Aidil Daftar di MRSM TDI, Pontian @ 4.2.2020

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Nya.

Tanggal 4.2.2020 bersamaan hari selasa kakchik bersama suami dan Kak Tasya telah berpagian ke Pontian untuk tujuan pendaftaran Aidil. Harapan kami agar anakanda Aidil dapat menyesuaikan diri dengan suasana di asrama dan dapat belajar dengan tekun seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Setelah sessi pendaftaran, pelajar dan ibubapa diberikan sedikit ucapan aluan dan pesanan informasi asas dan yang berkaitan dengan aktiviti sekolah juga asrama. Seterusnya kami dibantu oleh anak-anak tingkatan 4 untuk mengangkat beg dan barang ke bilik dorm. Setiap bilik diduduki oleh 4 orang pelajar.










Syukur alhamdulillah setelah siap berkemas,  kakchik pun pulang kerana ingin mengambil si bongsu di sekolah. Kebetulan latihan bicara berirama yang dijadualkan lepas waktu sekolah hingga pukul 3.00 petang dibatalkan sebab guru bertugas menghadiri mesyuarat tergempar.

Aidil pula selepas makan tengahari di Dewan Selera dan solat zohor akan berkumpul di bilik perpustakaan untuk pengambilan buku teks dan taklimat lanjut. Doa kakchik agar Aidil dapat segera menyesuaikan diri di sana.

Anak Saudara Nikah ~ 2.2.2020

Assalam.. muga kalian tenang dan ceria bersama keluarga tersayang. Muga kita semua terselamat dari wabak coronavirus atau dikenali sebagai Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Tanggal 2.2.2020 bersamaan hari ahad merupakan tarikh yang telah dipilih oleh anak saudara kakchik iaitu Muhammad Aal Alife bin Mahadi untuk memeteraikan ikatan suci bersama pasangannya Nadzira di Alor Gajah, Melaka. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak. 

Selepas akad nikah majlis diteruskan dengan meraikan tetamu di rumah pengantin perempuan. Selamat pengantin baru Alif dan Nad serta tahniah buat kakngah sekeluarga. 









Kakchik doakan pasangan ini beroleh kebahagiaan dan saling mengasihi hingga ke akhir hayat. Aamiin.