Assalam.. muga kalian semua berada di dalam kesejahteraan dan ketenangan. Selamat menjalani ibadah puasa.
Pada tarikh 29.4.2018 bersamaan dengan hari ahad, kakchik dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki sahabat Sharodz iaitu Puan Hajah Rafiah. Tahniah Nyah dan suaminya Hj Omran! Hebat dan meriah majlisnya.. walaupun majlis dibuat di rumah tetapi keadaan majlis yang teratur dan lancar.. bagaikan berada di majlis bangsawan Melaka zaman lalu dengan iringan qasidah dan selawat yang dialunkan secara langsung oleh anak-anak tahfiz. Pembantu-pembantu di bahagian hidangan pula tidak jemu menambah juadah juga pinggan mangkuk serta cawan.. bagaikan tidak putus-putus makanan dimasak oleh chef-chef. Terasa harmoni dan teratur majlis yang dihadiri oleh ribuan tetamu. Syabas Nyah dan keluarga!
Kakchik tiba agak lewat, dari JB terus melawat Mak Net di Kampung Pondok Batang terlebih dahulu. Memandangkan ramai sahabat yang turut hadir, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan rindu sebab lama tidak bertemu. Keceriaan terpancar di muka masing-masing dengan gurau senda. Malangnya kami tidak dapat berlama di majlis tersebut, ada jemputan dan urusan lain yang perlu dipenuhi. Oleh kerana hari ahad merupakan hari persekolahan di Johor, kakchik turut berkejar pulang untuk mengambil anak-anak yang transit di taska.
|
Dari kiri Noor Faiezah, Suziela, Kchik Sari, Nyah, Habibah Mohd dan Siti Salwah |
|
dari kiri Hj Omran dan Hajah Rafiah tuan majlis.. yang kanan sahabat kakchik Zaiton dan suami |
|
Batch pertama yang datang dari kiri Shidah, Bib Kamari, Ujie, Ijjan, Paizah,
mak pengantin dan Dijah. Belakang dari kanan Aiza, Ilah, Kem dan Norisa |
|
ceria semuanya.. masih seperti zaman sekolah dulu-dulu |
|
berdiri dari kiri Paizah, Norisa, Maslinah, Bib Kamari dan Norkamsiah.
duduk dari kanan ialah Aiza, Ijjan Borhan dan suaminya |
|
posing lagi ni.. |
|
candid.. meriah sungguh |
|
Bib, Wawa, Aiza dan Nyah si ibu pengantin |
|
Ijjan, Shidah dan Kem berdiri di belakang |
|
Shidah dan Aiza.. |
|
Selamat pengantin baru Abu si bakal doktor dan isterinya Afiqah
"muga jodoh hingga ke syurga" |
|
dari kiri ialah Shidah, Norisa, Ujie dan Bib |
|
dari kiri depan ialah Noris, Aiza, Kem dan Sherry |
|
Noor Faiezah dan Noor Aiza.. nak balik dah ni.. |
|
anak-anak yang mengiringi majlis dengan qasidah dan salawat |
|
ni batch yang datang selepas zohor dari kiri Norazizah, Anis Abdul,
Norliza, Shima, Zaiton, Jamaliah, tuan rumah dan Zakiah |
|
dari kiri ialah Zaiton, Anis, Zakiah, Zah, Jimi, Liza dan Shima |
|
dari kiri ialah Norazizah, Eton, Akie, Jimi, Shima dan Liza Md Nor |
|
muka yang ceria..dari kiri Akie, Jimi, Shima dan Liza |
|
bersalaman dan berpelukan sebelum meninggalkan majlis |
|
yang ni Alees dan nyah.. lisah ke KL atas urusan penting, tu yang lewat sampai |
Ada beberapa orang sahabat yang hadir tetapi photonya tiada dalam koleksi kakchik, tidak dapat kakchik abadikan bersama di sini. Muga ikatan persahabatan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aamiin.