Thursday 8 March 2018

Trip Cameron 16 ~ 18.2.2018

Assalam..  muga kalian tenang dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya..


Kakchik kongsikan trip ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang pula kali ini.. lawatan keempat  ke sini.. tak silap kakchik. Penginapan di homestay yang terletak di Perumahan Makmur, Tanah Rata telah ditaja oleh ateh.. terima kasih daun keladi ye ateh & Iman.  Memandangkan bonda dan pakcik tidak turut serta.. atas faktor kesihatan dan sedikit uzur.. maka kakchik bergerak terus dari Skudai ke CH awal pagi jumaat sebelum subuh. Terima kasih En. hubby yang memandu tanpa bergilir.. mantap.. Kami berjanji dengan ateh dan keluarga untuk bertemu terus di atas sana.. hehehe (ateh pun keluar awal dari Bdr Tun Razak.. to avoid terrible jam during the holiday.. CNY).

Sebelum solat Jumaat kami sampai ke puncak.. beberapa hentian sebelumnya iaitu untuk solat subuh di Machap.. sarapan dan juga berhenti di beberapa RnR untuk urusan panggilan alam.. Ateh dan keluarga tiba lebih awal.. beliau sempat melawat dan memetik strawberi bersama anak-anak... keadaan lalu lintas yang sangat sesak ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina membuatkan CH dikenali dengan jem selain dari teh dan strawberi yang semua maklum.. bukan jem strawberi tau... hehe.

Kenderaan terlalu sesak dan berpusu-pusu dari Tanah Rata dan kawasan sekitarnya menuju ke Brinchang yang menjadi pusat utama tarikan pelancong. Keadaan jalanraya yang masih di takuk yang lama.. seperti lebih 30 tahun dahulu.. kali pertama kakchik jejakkan kaki ke sana ketika bersekolah menengah iaitu pada tahun 1985 (ikut rombongan sekolah ketika itu.. ke Penang naik jambatan baru dan baliknya singgah CH). Andainya ada khidmat cable car macam di GH.. ada juga alternatif selain kenderaan bermotor di jalanraya yang sempit.

Day 1 ~ 16.2.2018 (Jumaat)

Kami check in di homestay berupa pangsapuri yang baru beroperasi.. bangunan siap awal tahun ni mengikut kata owner unit.. rumah kongsi untuk pekerja buruh asing pun masih kelihatan di belakang blok yang sedang dalam pembinaan lagi. Ateh menyediakan makan malam kami iaitu asam pedas siakap, udang goreng kunyit dan sayuran + ulaman. Suhu dingin di sana menyebabkan perut terasa lapar dan berselera. Selepas solat asar kami memulakan perjalanan ke pasar malam brinchang.. seronoknya membeli buahan-buahan dan sayur-sayuran di sini.. strawberi size sedang 8 pax RM50.. jagung biji mutiara selonggok RM20.. jambu epal.. sebungkus RM10.. fridge magnet RM20 utk 11 pcs.. sarung tangan anak2 RM5.. coklat untuk strawberi RM5 - 3 bekas kecil.. membeli macam arr dapat bonus :)

Day 2 ~ 17.2.2018 (Sabtu)

Keletihan dengan perjalanan pada siang hari.. kami masuk tidur agak awal pada malamnya.. nak bersedia untuk perjalanan pagi esok. Setelah memasak sarapan nasi lemak dengan sambal udang serta ulam timun jepun dan daun salad.. kakchik ambil turn memasak.. semua bahan-bahan ditaja dan dibawa khas oleh ateh & Iman.. "terima kasih limau barli".. hahaha


Besar jugak area strawberi park ni.. 


masih di kebun strawberi sekitar Brinchang


bersama Iman..


cantik segar cactus..


Aidil & Arisya naik sekali dengan makteh.. nak join adik Anna

Adik Misya n Tasya..






                                   



photo area homestay Perumahan Makmur

Biarpun berada di Tanah Rata.. belakang kami tu lereng bukit jugak..

Rombongan Cik Kiah kami..

Agak petang baru kami pulang semula ke penginapan, setelah mengisi perut di Medan Selera sekitar Brinchang.. cuaca hujan renyai-renyai. Ateh mengambil tugasan memasak untuk dinner.. kari ayam, ikan masak kicap dan sayur-sayuran. Selesai solat maghrib kami makan malam awal sebab nak keluar lagi ke pasar malam.. syukur hujan telah berhenti.. kemaruk pasar malam nampaknya.. hehe


Day 3 ~ 18.2.2018 (Ahad)

Sekejap jer rasanya dua malam telah berlalu.. sarapan sandwich sardin dan cekodok cicah kari ayam.. turn kakchik ke dapur. Setelah siap bersarapan dan berkemas kami pun check-out.. destinasi ladang teh menjadi pilihan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

lentoknya adik Anna..


Kak Tasya n Misya tak join photo ni..

cahaya matahari dah memancar  ketika ni.. tu yang x nampak ladang di belakang


baru nampak adik Anna..

dah nampak permandangan ladang teh..




Pilihlah AKU....  hehehe

Cewahhh...






Kami singgah minum dan makan yang ringan di cafe yang disediakan. Setelah itu kami meneruskan  perjalanan ke Kuala Lumpur. Anak-anak kakchik ada yang mabuk dengan jalan yang bengkak-bengkuk dan berbelit-belit. Anak yang perempuan pun dah mula demam. Lebuhraya menuju ke KL agak sesak tetapi trafik masih bergerak walau perlahan-lahan. Hampir pukul 3.00 petang kami sampai di rumah ateh (kami bermalam di sini pula). Sempat kami membeli-belah di Pertama Kompleks dan Sogo. Makan malam di Medan Selera Taman Tenaga sebelum pulang ke JB keesokan petangnya.. mengadap super duper jem yang membosankan. huhuhu

Cafe di area ladang teh..

enak makanan malamnya..


No comments:

Post a Comment