Tuesday, 30 January 2018

Makan Malam Bersama Bapa Tiri

Assalam..  muga kalian berada dalam kesejahteraan dan dikelilingi aura positif yang mendamaikan. 


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang memberikan masa dan kelapangan buat kakchik dan suami untuk merapatkan silaturrahim di antara kami semua. Sesekali pulang ke kampung.. kami keluar makan bersama-sama.. bonda.. pakcik.. ateh & suaminya Iman dan anak-anak.


masa photo diambil.. hidangan ikan masak stim dan 3 rasa belum sampai lg..

Terima kasih kepada pihak penaja.. hehe.. (penaja la sangat) yang bermurah hati belanja kami makan malam.. muga berterusan dimurahkan rezeki dalam pelbagai medium.. aamiin

Sunday, 21 January 2018

Sahabat Satu Daerah Yang Selalu Kakchik Jumpa...

Assalam...  muga kalian beroleh kesejahteraan dan damai bersama keluarga tersayang..

Kakchik kongsikan photo sahabat yang sering kakchik temui andainya pulang ke kampung.. kebetulan beliau bertugas sebagai kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Jasin. Kami biasanya bertemu di Mydin Jasin.



sahabat kakchik.. berkurung corak2 hijau yang manis orangnya.. Ijjan Borhan


Sebenarnya kakchik tidak pernah sekelas dengan beliau selama berada di sekolah menengah.. dan rasa-rasanya kami pun tidak pernah bertegur sapa atau berbual-bual.. tak tau siapa yang pendiam agaknya..hehehe. Pertemuan pertama sejak meninggalkan bangku sekolah ialah pada Reunion Sharodz yang ulung kali diadakan pada tanggal 25.12.2010.. kira-kira tujuh tahun yang lepas. Secara kebetulan beliau orang pertama yang kakchik temui berhampiran tempat parkir kereta... jadinya moment indah itu melekat dalam ingatan kakchik. Selepas perjumpaan itu, selalu kami bertanya khabar dan berborak-borak tentang anak-anak dan keluarga juga kerjaya masing-masing.

comel-comel sahabat kakchik.. Ijjan yang duduk paling kanan..

Sebenarnya kakchik menghadirkan diri untuk perjumpaan pertama ini yang bertempat di sebuah resort di Ayer Keroh Melaka tanpa mengetahui yang kakchik sahaja masih punya bayi kecil.. baru beberapa bulan anak bongsu kakchik ketika itu.. malu jugak kakchik tau.. 


Si bongsu.. baby Risya .. sib tak buat perangai.. 



Sahabat-sahabat yang turut serta pada perjumpaan pertama kami.. kalian sentiasa dalam ingatan

Muga tahun 2018 ini kami dapat berjumpa lagi beramai-ramai.. setelah beberapa tahun kebelakangan yang agak sunyi dan sepi.. membawa haluan masing-masing. Insya Allah..

Thursday, 4 January 2018

Resepi Sambal Telur Pecah Special

Assalam..  muga kalian beroleh kesejahteraan dan di bawah lindungan Nya.. jaga diri di musim banjir ni ye. Selamat tahun baru 2018.

Kakchik kongsikan resepi sambal telur pecah yang kakchik dapat dari sahabat baik yang bernama Puan Maimunah binti Saba.. terima kasih amai.. selama ni yang kakchik buat asyik jadi telur hancur jer. Sambal ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sup sayur atau sayur masak lemak putih.

nilah rupanya sambal telur pecah.. dapp



RESEPI SAMBAL TELUR PECAH SPECIAL

Bahan-bahan :

- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar - dihiris nipis
-  8 sudu besar cili kisar
- 4 biji bawang merah - ditumbuk
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- minyak untuk menumis
- air asam jawa, garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, biar sehingga cili agak garing dan pecah minyak serta wangi baunya.
3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar.
4. Masukkan pula air asam jawa dan juga perasakan garam dan gula ikut citarasa. Kacau bagi mesra.
5. Sederhanakan api, pecahkan telur di antara sambal-sambal tersebut.
6. Biar sehingga telur masak. Siap untuk dimakan.




selepas masuk hirisan bawang..

biarkan telur yang dipecah seketika sehingga  masak..