Assalam.. muga kalian beroleh kesihatan yang baik dan banyakkan minum air masak pada cuaca panas sekarang.. dapat air kelapa pun boley.. hehe
Sempena masuk rumah baru atau lebih dikenali sebagai banglo.. abang tiri kakchik menjemput kami sekeluarga bersama-sama menghadiri majlis kenduri kesyukuran serta tahlil bertempat di Felda Jengka 3. Majlis tersebut juga merupakan sambutan rumah terbuka memandangkan masih berada di bulan Syawal. Syukur alhamdulillah kakchik pun tumpang gembira untuk sama-sama meraikan dan ini merupakan pengalaman pertama ke kawasan Jengka yang dikatakan felda terbesar, mengikut kata pakcik.. sama luasnya dengan negeri Perlis.. wallahu Alam. Abang tiri kakchik yang mengajar dan mendirikan rumahtangga bersama isteri yang juga seorang guru yang berasal dari situ.. Felda Jengka 1 sebelum ini menetap di quarters guru agak lama sebelum membeli tanah dan membina kediaman sendiri.
Kakchik dan ateh merancang untuk pergi ke Jengka secara rombongan cik kiah.. port pertemuan ialah rumah mak di Melaka kerana kami akan membawa mak dan pakcik sekali bersama-sama. Pada tarikh 15.7.2017 bersamaan hari sabtu kami memulakan perjalanan pada pukul 7.15 pagi.. laluan kami ialah.. rumah mak-Air Kuning-Jelai-Bahau-Temerloh-Jengka. Perjalanan yang agak mencabar.. hampir 4 jam dari kampung kakchik.. sempadan Melaka-N9. Kami sampai kira-kira pukul 12.30 tengahari. Terima kasih kepada en. suami yang memandu tanpa bergilir dan belanja kami makan malam itu.
|
cantiknya mahligai Lan sekeluarga ye.. terima kasih atas layanan baik suami isteri dan anak2 |
|
pasti seorang abah bangga anaknya telah berjaya dalam hidup dan pandai bawa diri.. |
|
photo indoor.. pakcik tiada masa ni.. menjamu selera bersama saudara mara sebelah Jengka |
|
menjamu selera di pertengahan trip.. sedap bekal nasi lemak masakan ateh dan nasi goreng mak |
|
photo kenangan Risya dan adik Anna. berhampiran Bera.. |
Habis kenduri dalam pukul 5.00 petang kami bergerak pulang. Memang perjalanan yang agak meletihkan tetapi kami amat gembira kerana dapat bersama-sama ahli keluarga. Alhamdullilah kami selamat sampai dan keesokan paginya kami pulang ke JB.