Monday, 30 September 2024

Oppie ~ 4 Tahun

Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah payung lindungan yang maha Esa. Insha Allah.

Kakchik kongsikan sedikit kisah kucing kesayangan anak ketiga kakchik yang bernama Oppie. Ianya telah diambil melalui FB di Taman Perling yang juga agak berhampiran dengan kediaman kami pada tahun 2020 iaitu 4 tahun yang lalu. Tuan asalnya secara percuma memberi anak kakchik kucing tersebut yang masih bayi lagi sekitar usia sebulan. Istimewanya Oppie merupakan hadiah hari lahir si Aidil yang ke 13 tahun.

Oppie dijaga oleh Aidil dengan sepenuh kasih sayang dan merupakan indoor cat sahaja. Ketika itu Oppie akan tidur di sangkar luar rumah pada malam hari dan akan di bawa ke dalam rumah pada siang hari bila perlu sahaja. Oppie dilatih untuk kencing dan berak di toilet khas untuknya. Makanan basah dan biskut juga disediakan mengikut usianya.

Hingga kini Oppie telah bertukar 2 sangkar dan 2 carrier mengikut size badannya. Oppie kini selesa tinggal di depan stor di dalam rumah bahagian belakang. Sesekali ia akan dikeluarkan supaya bebas. Jika kami keluar kawasan maka Oppie akan ditinggalkan di asrama berhampiran taman perumahan kami. Oppie juga telah dimandulkan kerana faktor tertentu.

Oppie sangat disiplin dan pembersih jadi jarang timbul masalah buang air kecil atau besar merata tempat. Oppie selalunya gemar berehat di tempat yang beralas.




Tempahan Beg Telekung Crochet

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam dan kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah yang esa. Aamiin🤲

Bulan September 2024 akan berakhir malam ini dan kakchik kongsikan beberapa tempahan beg telekung yang berjaya disiapkan sepanjang bulan. Syukur alhamdulillah dengan minat yang Allah berikan bagi menyiapkannya. 

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan juga kenalan yang memberi kepercayaan kepada kakchik. Muga hasil kerja kakchik menepati selera kalian.










Yang warna purple tu agak seakan-akan tonanya, kakchik bezakan dengan campuran dengan benang putih susu dan benang putih. Kakchik masih meneruskan kaitan untuk orderan bulan Oktober pula. Hihihi

Konvo Kak Tasya @ 8.9.2024

Assalam.. muga kita semua beroleh ketenangan di dalam menjalani kehidupan seharian di rumah maupun di pejabat dan di mana-mana jua.

Tanggal 8.9.2024 bersamaan dengan hari Ahad sebelum subuh kami bergerak ke Melaka untuk mengambil si bongsu di asrama. Kami bersolat subuh di rnr Machap. Setelah mengambil si bongsu, seterusnya kami menuju ke Shah Alam bagi menghadiri majlis konvo anakanda kedua kakchik. Kami berhenti untuk bersarapan pagi sekitar Alor Gajah sebelum memasuki tol.

Istiadat konvo sessi petang harus masuk ke Dewan Agung Tuanku Canselor sebelum jam 1 tengahari. Jadinya kami parkir kereta di bangunan luar kawasan uni dan mengambil bas percuma untuk ke dewan. Segalanya diuruskan oleh pihak uni bagi melancarkan trafik dan memudahkan pihak ibubapa yang datang dari jauh. Ada yang datang dari Sabah dan Sarawak juga.

Syukur alhamdulillah setelah sekian lama menamatkan pengajian akhirnya si manis Nurazlin Natasya konvo juga. Beliau yang telah bekerja lebih dari tempoh setahun di syarikat swasta begitu cantik bergaya dengan jubah konvonya. Tahniah anak mama, muga terus melakar kecemerlangan di alam pekerjaan.

Istiadat konvo berakhir agak lewat petang dan di sambung dengan sessi berfoto bersama keluarga dan rakan-rakan. Suasana agak sesak dengan kehadiran ramai ahli keluarga para graduan. Kami pun berkumpul sekeluarga untuk berfoto seterusnya makan bersama di i-City Mall.


































Segalanya dengan izinmu Ya Allah yang maha besar lagi maha penyayang🤲

Saturday, 31 August 2024

Pertemuan Dengan Sahabat Sabahan Student

Assalam.. muga kita semua di dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.

Tanggal 19.8.2024 bersamaan hari Isnin kakchik telah menerima pesanan whatsap dari sahabat lama ketika di sekolah menengah untuk bertemu sebentar ketika merentasi laluan kampung beliau di Tawau. Kakchik pada tempoh tersebut mengikuti expedisi Kapcai Rides Sabah 2024. Beliau mengajar di SMK Marotai Besar iaitu di kampungnya sendiri.

Kakchik dan group bergerak selepas subuh dari Cecil Homestay, Sapulut menuju ke Samporna dengan melalui Jalan Kalabakan-Tawau. Kami singgah untuk sarapan di pertengahan laluan dan meneruskan lagi ride. Jalan raya agak elok tapi di separuh bahagian masih terlihat off road dengan batu crusher run lagi.

Agak tengahari kakchik dan group melintasi Kg. Marotai dan kami dapat berjumpa sebentar di One Stop iaitu kedai runcit yang banyak rantaiannya di Sabah. Rasa sebak dan terharu bila bersua muka setelah hampir 38 tahun terpisah jauh. 

Beliau yang sedang bertugas pada hari tersebut telah memohon keluar sebentar. Kami mengimbau sedikit memori zaman sekolah menengah di Melaka dahulu. Beliau juga pernah mengikut kakchik pulang ke kampung halaman ketika cuti hujung bulan. 

Masa pantas berlalu dan kami bertukar hadiah sebagai tanda ingatan. Muga sahabat kakchik iaitu Puan Murni binti Bacho di kurniakan kesihatan dan diluaskan rezeki bagai air yang mengalir. Aamiin🤲



Sambutan Anniversary Kakchik

Assalam.. muga hari yang kita lalui sentiasa diberkati Allah s.w.t.

Bulan Ogos merupakan ulangtahun pernikahan kakchik dan suami buat sekian kalinya. Muga ikatan suci kami sentiasa di dalam lindungan, rahmat dan redha Allah. Aamiin🤲🤲

Kami meraikan dengan makan malam bersama anak-anak di Cinta Terrace, Pulai Spring yang terletak berhampiran rumah kami. Kebetulan Kak Tasya bercuti dan Adik Risya pun pulang bermalam dari asrama. Alhamdulillah syukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.













Aidil Intern di Jabatan Khidmat Digital UTM

Assalam.. muga kita semua berada di dalam kesejahteraan dan ceria menjalani kehidupan seharian bersama tersayang.

Tempoh pengajian anakanda kakchik di Giat Mara selama 6 bulan telah pun berakhir dan disusuli dengan latihan industri selama 3 bulan. Syukur alhamdulillah beliau mendapat tempat intern di Jabatan Digital, UTM Skudai yang terletak berhampiran kediaman kami. Maka mulai 1.7.2024 hingga 30.9.2024 anakanda Aidil akan ke UTM sahaja untuk menjalani intern.

Terima kasih kepada adik kejiranan kakchik iaitu Norsharina yang telah mengesyorkan tempat intern tersebut. Beliau bekerja di jabatan yang sama. Muga jasa baik beliau Allah balas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

Memandangkan tempat intern yang hampir dengan rumah maka setiap hari anakanda Aidil akan pulang makan tengahari dan solat zohur di rumah sahaja. Kakchik dan suami pula memang berpejabat di rumah juga.

Alhamdulillah setelah lebih sebulan berlalu anakanda Aidil semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri bersama team Digital. Muga anakanda kakchik terus maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan akhir Sijil Kemahiran Malaysia pada pertengahan bulan September nanti. Insha Allah.

Wednesday, 31 July 2024

Abang Sepupu Suami Belanja Dinner di Blue Orchid

Assalam. Muga kita semua ceria dan sentiasa berfikiran positif.

Trip kami di Penang kali ini boleh dikatakan julung kalinya kami ingin melawat abang sepupu suami yang telah lama menetap di sana. Janjitemu telah dibuat untuk berjumpa pada makan malam di sebuah medan ikan bakar iaitu Blue Orchid Seafood Station (BOSS) yang terletak berhampiran dengan jambatan kedua Pulau Pinang. 

Hajat nak melawat tempat penginapan beliau tidak kesampaian kerana rumahnya sedang di dalam proses renovasi. Ayah mentua begitu teruja ingin bertemu anak saudaranya yang merupakan seorang doktor pakar di salah sebuah hospital swasta di sana. 

Kekenyangan dengan makanan di sambutan hari lahir secara mengejut pada sebelah petangnya menyebabkan kami tidak dapat menghabiskan pelbagai juadah yang banyak walaupun memang sedap. Masakan dari sotong, ikan, udang, ayam, kerang dan sayur memenuhi meja makan.

Terima kasih Abang Zul yang sudi meluangkn masa untuk belanja kami sekeluarga. Muga Allah luaskan lagi rezeki beliau sekeluarga dan dikurniakan kesihatan yang baik. 









Muga Allah membalas segala kebaikan beliau. Aamiin🤲 Kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan tidur. Selamat malam Penang.

Tuesday, 30 July 2024

Hari Lahir Suami Kakchik yang ke 54

Assalam semua. Muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari mendatang bakal menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.

Hari Khamis bersamaan tarikh 30.5.2024 merupakan hari ulangtahun kelahiran suami kakchik yang ke 54 tahun. Syukur alhamdulillah Allah pinjamkan insan kamil ini buat kami sekeluarga berteduh kasih.

Oleh kerana kami berada di Penang jadi sedikit sambutan mengejut telah diatur oleh sahabat kami di sana. Terima kasih sahabat kami Cik Som. Jazakallahu khairan jazak.







Sanah helwah abang🥳 muga sentiasa dibawah lindungan Allah serta dikurniakan umur yang berkat dan bermanfaat kepada insan yang lain. Aamiin🤲