Thursday, 22 November 2018

Pencapaian dan Penggal Persekolahan 2018 Berakhir 22.11.2018

Assalam.. muga hari-hari kalian sentiasa ceria bersama keluarga tersayang walau pelbagai rintangan yang mendatang di dalam kehidupan.

Keheningan awal subuh khamis yang disirami hujan lebat hingga ke pagi pada tarikh 22.11.2018 merupakan penamat penggal persekolahan untuk tahun 2018 di negeri tempat tinggal kami. Walaupun anak-anak kakchik masih belum berapa sihat, kakchik berikan semangat untuk mereka ke sekolah juga. Boleh mereka bertemu guru-guru dan kawan-kawan sekelas sebelum bercuti panjang. Syukur alhamdulillah, anak-anak akur walaupun mukanya tampak masih layu.



ni muka adik Risya pagi ni.. belum sembuh sepenuhnya..


ni photo masa awal tahun.. hari pertama persekolahan

Banyak aktiviti anjuran sekolah yang anak-anak ikut serta, memandangkan sekarang taksiran bukan hanya di sudut akademik tetapi merangkumi juga semua aspek ko kurikulum, sahsiah dan sukan. Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir tahun yang sangat menggalakkan dan ianya  sebagai bonus kepada kakchik dan suami serta keluarga. Muga anak-anak terus maju jaya untuk menempuh tahun depan yang sedia menanti cabarannya. Insya Allah. 



Pertandingan Bercerita Tahap 1


Aidil lead koir yang masuk pertandingan peringkat kebangsaan 


Anugerah kedatangan penuh 2018

Masih kekal di kelas pertama


Muga terus berusaha 


Tahniah!


muga adik Risya dapat kekalkan prestasi yang cemerlang

Tuesday, 6 November 2018

Tasya bertemu Guru Kelas Semasa Tahun 6 di SKTU1

Assalam.. muga kalian dan keluarga sentiasa ceria menjalani kehidupan seharian walaupun di dalam keadaan ekonomi yang gawat dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kakchik kongsikan kisah pertemuan anak kedua kakchik dengan guru kelasnya semasa di tahun 6 pada tahun 2010. Agak lama juga tempoh mereka terputus hubungan iaitu hampir 8 tahun yang lalu. Walaupun dua adik di bawah Tasya masih bersekolah di situ, kakchik pun tidak pernah bertemu dengan guru tersebut.. al maklum guru pun agak ramai. Sejak tahun lepas lagi Tasya mention nak ikut serta ke sekolah adik-adik, jika ada aktiviti tetapi selalunya kakchik terlupa untuk buat arrangement awal..hihihi

So pada tanggal 1.9.2018 sempena Expo Kemerdekaan SKTU1, adik Risya join pertandingan mewarna bersama anggota keluarga maka kakchik pun cadangkan agar Tasya yang turut serta bagi membolehkan dia ke sekolah lamanya dan bertemu dengan Cikgu Norziha. Alhamdulillah cikgu pun hadir pada hari tersebut, beliau bertugas di bahagian pertandingan kucing comel. Cuma guru kelasnya sahaja yang masih bertugas di sekolah yang sama, yang lain-lain telah berpindah sekolah.

Cikgu Ziha masih slim seperti dulu..


ini photo Tasya masa kali terahir bertemu di majlis SKTU1


walaupun Tasya hanya bersekolah di tahun 6 di SKTU1, beliau masih ingat pada guru2 yang mendidiknya

Muga Cikgu Ziha terus cemerlang di dalam bidang pendidikan. Aamiin. 

Thursday, 18 October 2018

Trip ke Pantai Timur 17~19.8.2018

Assalam... muga kalian sentiasa berada di dalam kegembiraan bersama keluarga tersayang. Jagalah kesihatan di musim sejuk sekarang.. setiap hari rezeki hujan membasahi bumi kita. 

Kakchik kongsikan perjalanan pada kali ini.. melawat negeri di pantai timur sebagai kenangan cuti semester yang panjang untuk Abang Anil dan Kak Sya. Istimewanya percutian kali ini lebih meriah dengan penyertaan adik ipar kakchik sekeluarga. Alhamdulillah percutian bajet yang dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim kami dan meluaskan permandangan bagi anak-anak kakchik yang masih bersekolah rendah.

Day 1 ~ 17.8.2018 (Jumaat)

Perjalanan dimulakan seawal jam 4.00 pagi dengan persinggahan pertama di R&R Machap untuk menunaikan solat subuh dan bersarapan pagi. Kakchik juga membawa bekalan nuget dan florenta cookies sebagai alas perut di dalam kenderaan. Perjalanan diteruskan setelah berjumpa adik ipar dan keluarga, berkonvoi kami menuju ke Segamat - Muadzam dengan melalui jalan di Felda Selancar. Terdapat jalan yang di tutup untuk tujuan menaiktaraf di situ so kami dihalakan ke jalan pintas di tengah-tengah ladang kelapa sawit dengan jalan tanah merah yang berlopak sedikit agak teruk, hihihi seram kakchik melaluinya.

Hentian kedua kami ialah di sekitar Bandar Muadzam Shah untuk berhenti makan sebelum tengahari kerana ada yang tidak berapa selera mengambil sarapan terlalu awal di subuh hari. Selepas menjamu selera kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur. Kami sampai di KT hampir tengahari, terus mendaftar masuk di homestay yang terletak berhampiran Pantai Tok Jembal. Homestayyang berupa rumah lot tepi yang agak besar dengan 4 bilik tidur itu sangat selesa diduduki.

Setelah membersihkan diri dan solat kami pun memulakan lawatan ke Taman Tamadun Islam. Kami membeli tiket terlebih dahulu untuk menaiki feri, hanya satu jadual trip feri sahaja iaitu pada pukul 5.00 petang. Kami mengambil kesempatan untuk menjamu selera di cafe yang terdapat di situ dengan menggunakan voucher makan yang diberi bersama pembelian tiket feri. Feri yang menyusuri sungai Kuala Terengganu itu membawa kami melawat hampir keseluruhan Bandar Kuala Terengganu. Terdapat bengkel membaiki kapal dan juga perusahaan pembuatan kapal secara tradisional di tebing sungai.. canggih ye KT.

ini lah ahli rombongan cik kiah kami..




cerianya Risya si manja kakchik..





jenuh tunggu feri ye..

minum dulu..




baru lepas makan gulai siput sedut nih.. hihi







Tasya bersama Abang Anil dan Aiman.. di belakang tu adik ipar kakchik

permandangan belakang ialah Masjid Kristal..


Selepas puas menikmati keindahan Bandar Kuala Terengganu dari permandangan sungai, kami pergi pula ke Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot untuk menikmati sotong dan udang celup tepung yang terkenal sebagai makanan significant Kuala Terengganu (ICT iaitu ikan celup tepung).  Kami bergegas kerana mengikut jadual warung akan ditutup sebelum malam. Enak sungguh hidangan yang di taja oleh biras kakchik, terima kasih Pakteh Man.


sotongnya besar.. sedap dan rangup

udang pun boleh tahan size nya.. sedap

Selepas agak kenyang kami meneruskan lagi makan angin di sekitar Bandar Kuala Terenganu. Menikmati suasana malam yang agak damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Anak-anak kakchik sempat menyewa skuter mainan di padang yang disediakan bersebelahan pejabat kerajaan. Terdapat juga pelbagai jualan makanan ringan seperti keropok lekor, lokching dan lain-lain. Setelah kepenatan dan hujan gerimis mulai turun kami pun melabuhkan tirai malam dengan pulang ke homestay untuk berehat.

ada lampu macam di ICT jugak..


Day 2 ~ 18.8.2018 (Sabtu)

Pagi ini jadual lawatan kami ialah shopping di Pasar Payang. Kami memulakan dengan bersarapan nasi dagang di medan seleranya yang agak sempit dan padat. Kami redah jua untuk merasai masakan orang Ganu. Selepas sarapan kami memulakan operasi membeli beberapa helai kain dan kuih yang dirasakan unik dan menarik. Keadaan pasar agak lengang pada hari itu, mungkin masih awal pagi.

Sebelum pulang ke homestay semula kakchik dan hubby singgah di workshop kereta untuk menukar motor viper yang jem semasa hujan agak lebat malam tadi ketika memandu pulang ke homestay. Banyak-banyak tempat yang kami pergi, nak jugak dia jem dan mati di Kuala Terengganu.. alaahaii terbang ler fulus kakchik.

group photo di pasar.. kat JB tak pernah pulak nak bergambar di pasar ye.. hihi

menuju ke Pasar Payang


sarapan nasi dagang KT


Abang Anil makan nasi lemak..


Kakchik mengambil kesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama di depan homestay sebelum bergerak menuju ke Kota Baharu. Terima kasih banyak-banyak pada sahabat lama kakchik yang sudi bersua muka walaupun sekejap kerana beliau agak sibuk dan baru pulang dari seminar di ibu kota.

Perjalanan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang mengambil masa dalam dua jam, di tambah lagi setengah jam untuk sampai di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Kakchik dan adik ipar meneruskan shopping dengan membeli cadar patchwork yang agak murah, sesuai dengan kualiti kain yang agak keras.. RM55 untuk cadar size Queen. Kakchik juga membeli baju untuk si bongsu, harganya agak mahal dibandingkan kedai bebas cukai di Langkawi.. cuma barangan jualan masih yang sama seperti pinggan mangkuk jenama Vision dan Corelle, sudu garpu, periuk kuali dan coklat pelbagai jenama. Kami agak rushing sebab kedai tutup seawal pukul 6 ptg. Kami bergerak ke arah Kota Baharu dan berhenti di Wakaf Che Yeh untuk makan sebelum check in di homestay 'Teratak Bonda'.

Malamnya kami pergi semula ke Wakaf Che Yeh untuk shopping beberapa barangan dan makanan ringan. Kasut sukan RM15 riyal pun ada, Aidil dan Tasya beli untuk keperluan berjoging. Setelah penat berjalan sekitar deretan kedai-kedai yang agak banyak, kami pun pulang untuk berehat.


mural di sekitar Pengkalan Kubur

deretan kedai di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur

rehat selepas check in di homestay yang luas dan bersih ni..


Day 3 ~ 19.8.2018 (Ahad)

Pada hari terakhir ini, kami terus check out dan menuju ke Pasar Siti Khadijah. Kami bersarapan di medan selera di tingkat atas pasar,  kakchik mencuba laksam yang enak dan murah di sana.  Alhamdulillah cuaca cerah dan kami shopping sakan dari kain baju, keropok, serunding, kuih kering, periuk belanga hingga ke beras pulut, beras wangi, beras nasi dagang dan nisan gula melaka. Bagaikan tidak cukup masa untuk shopping di sini.  Insya Allah kami datang lagi nanti jika ada promosi tiket tambang rendah.. hihihi

Kami bergerak menuju ke Kuala Terengganu agak petang jugak, jadual seterusnya ke Masjid Terapung sebelum singgah di rumah sahabat kakchik di Dungun. Terima kasih banyak kepada Puan Mazidah yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan menumpang solat maghrib. Enak sungguh makanan yang dihidangkan.



ruang rehat di dalam Teratak Bonda


ni ruang tamunya


macam rumah tradisional dengan perabut lama


cuaca yang cerah..


Pasar Siti Khadijah



cantik berwarna warni Pasar Siti Khadijah


Masjid Terapung Kuala Terengganu







angin kencang di masjid terapung, buka pintu kereta sahaja terus angin kuat menolak pintu dan hentam kereta PakTeh









photo bersama puan rumah.. terima kasih Maz..



Risya santai di buai Acik Maz..


sedap sungguh masakan Maz..

Setelah menjamu selera, kami pun meminta diri untuk meneruskan perjalanan pulang ke JB. Syukur alhamdulillah kami selamat sampai pada awal dinihari sekitar jam 3 pagi. Muga Allah berikan kami rezeki untuk meneroka buminya yang luas. Insya Allah