Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah payung lindungan yang maha Esa. Insha Allah.
Kakchik kongsikan sedikit kisah kucing kesayangan anak ketiga kakchik yang bernama Oppie. Ianya telah diambil melalui FB di Taman Perling yang juga agak berhampiran dengan kediaman kami pada tahun 2020 iaitu 4 tahun yang lalu. Tuan asalnya secara percuma memberi anak kakchik kucing tersebut yang masih bayi lagi sekitar usia sebulan. Istimewanya Oppie merupakan hadiah hari lahir si Aidil yang ke 13 tahun.
Oppie dijaga oleh Aidil dengan sepenuh kasih sayang dan merupakan indoor cat sahaja. Ketika itu Oppie akan tidur di sangkar luar rumah pada malam hari dan akan di bawa ke dalam rumah pada siang hari bila perlu sahaja. Oppie dilatih untuk kencing dan berak di toilet khas untuknya. Makanan basah dan biskut juga disediakan mengikut usianya.
Hingga kini Oppie telah bertukar 2 sangkar dan 2 carrier mengikut size badannya. Oppie kini selesa tinggal di depan stor di dalam rumah bahagian belakang. Sesekali ia akan dikeluarkan supaya bebas. Jika kami keluar kawasan maka Oppie akan ditinggalkan di asrama berhampiran taman perumahan kami. Oppie juga telah dimandulkan kerana faktor tertentu.
Oppie sangat disiplin dan pembersih jadi jarang timbul masalah buang air kecil atau besar merata tempat. Oppie selalunya gemar berehat di tempat yang beralas.