Friday, 30 September 2022

Majlis Perkahwinan Danial - Pihak Pengantin Perempuan

Assalam. Muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagiaan.

Tanggal 16.9.22 bersamaan hari Jumaat yang barokah telah diadakan sedikit majlis kesyukuran di pihak pengantin perempuan bertempat di Kota Puteri, Rawang. Hari ini juga merupakan cuti umum sambutan Hari Malaysia.

Rombongan pihak pengantin lelaki sekitar pukul 11 pagi. Jutaan terima kasih kepada semua adik beradik, bapa mertua, adik ipar, saudara mara dan anak saudara yang sudi turut serta meraikan pihak kami. Kami dilayan baik oleh pihak pengantin perempuan dan banyak photo diambil sebagai kenangan.




Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana memberikan rahmat dengan cuaca yang cerah terang benderang hingga ke akhir majlis. Sekitar lepas solat jumaat kakchik bergerak ke arah Cyberjaya kerana bermalam di Tamarind Suite untuk menghadiri majlis sahabat kakchik keesokan hari.

Malam itu kami makan shell out yang berhampiran area Sepang dan meronda kawasan Putrajaya untuk menikmati kerlipan lampu yang bergemerlapan.

Pernikahan Abang Danial @ 15.9.22

Assalam.. muga kalian ceria dan gembira selalu di dalam  mengharungi kehidupan seharian.

Hari bersejarah buat Abang Danial kerana akad nikahnya bersama pasangan iaitu Atirah Azizi dijadualkan pada petang Khamis di Pejabat Agama Kuala Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan dengan sekali lafaz pasangan pun sah sebagai suami dan isteri.

Terima kasih kepada adik beradik yang turut serta dan pada malam itu menginap di homestay sekitar Kuala Selangor kerana malam itu diadakan sedikit kesyukuran + tahlil arwah ibu menantu kakchik. 

























Selamat pengantin baru Danial dan Athirah. Muga kehidupan berumahtangga diberkati Allah s.w.t. dan kekal hingga ke jannah. Aamiin🤲

Thursday, 29 September 2022

Kakchik's First Ride JB-Melaka ~ Melaka-JB

Assalam.. muga hidup kalian bertambah berkat dan dikurniakan ketenangan. Aamiin🤲🤲

Tanggal 3.9.22 bersamaan hari Sabtu kakchik buat pertama kali bersetuju untuk pulang ke Melaka bersama suami dengan menaiki motor. Ini bagi mengelakkan kesesakan ketika musim cuti sekolah jika kami memandu. 

Alhamdulillah kami bergerak selepas zohor dan sampai di rumah kami di Durian Tunggal dalam tempoh 2 jam setengah setelah mengambil kira berhenti di stesen petrol. Kakchik berasa agak gayat juga pada awalnya tetapi tetap gigih dan cekal kerana kami perlu memeriksa rumah kami yang disewakan kepada pelajar Utem. Pelajar menyewa selama 6 bulan berakhir bulan Ogos, 2022. 

Kami dapati lampu bilik air bawah perlu diganti dan pagar utama senget sebelah. Sukar jugak untuk memasukkan mangga kunci ketika lock. Pelajar akan memperbaharui kontrak selama 2 tahun mulai bulan Oktober nanti jadinya kami cuba baiki apa yang perlu.

Setelah solat maghrib kami menuju ke Bukit Katil untuk makan malam di salah sebuah restoran masakan Thai. Sedap makanannya alhamdulillah kenyang.

Keesokan pagi setelah minum dan berkemas rumah kakchik dan suami pulang ke Kampung Pondok Batang melawat mak, bapa tiri dan adik bongsu. Kami singgah di Medan Selera Simpang Bekoh untuk tapau rojak sebagai buah tangan. Rojak warisan jiran sekampung kakchik iaitu Arwah Hashim yang perniagaannya diturunkan kepada anak lelakinya Fadhil.

Terdapat satu lagi warung mee dulang warisan Arwah Hashim di depan rumah mereka di Kampung Pondok Batang. Menurut cerita mak kakchik, sedap masakan anak arwah tetapi kakchik belum sempat singgah di situ. Kakchik dah merasa air tangan arwah sejak kecil lagi. Selalu arwah abah bawa makan rojak atau mee rojak special Arwah Hashim.

Setiap bulan bila belanja barang dapur pun arwah abah kakchik tapau rojak yang sedap untuk kami nikmati. Kiranya sesuatu makanan yang dicari jika pulang ke kampung.



Syukur alhamdulillah dapat berjumpa kak Uda juga abang Uda dan along di rumah mak. Kami pulang ke JB selepas solat asar dan sempat berhenti di depan pagar rumah ateh kerana kami berselisih dengannya yang menuju ke rumah mak.

Kami cuma berhenti solat maghrib di Pagoh dan meneruskan ride hingga sampai ke rumah. Home sweet home.