Assalam.. muga kalian tenang dan sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani kehidupan seharian.
Tanggal 28.12.2021 diumumkan keputusan peperiksaan UPKK untuk tahun 2021 iaitu batch darjah 5 dan darjah 6 (iaitu darjah 5 tahun 2020) serentak diadakan kerana tahun lepas tiada peperiksaan dijalankan disebabkan pendemik Covid 19.
Istimewanya tahun ini UPKK menggunakan Modul Penilaian Kelas Kafa (MPKAFA) diadakan dalam bentuk lisan bagi setiap subjek. Ianya lebih mencabar bagi ustaz/ustazah di dalam menilai kebolehan pelajar menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Begitu juga untuk pelajar-pelajar yang gemuruh ianya sangat sukar ditangani tetapi kebaikannya ia melatih kebolehan pelajar berinteraksi secara lisan.
Ianya juga dapat dijadikan sebagai pengalaman awal pelajar untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ilmu agama sebagai bekalan sepanjang hayat dan di akhirat nanti.
Tahniah anakanda Arisya! cemerlang di atas usaha dan juga ilmu serta galakan dari ustaz/ustazah. Syukur alhamdulillah. Muga terus mencapai kejayaan dan menjadi anak yang solehah. Aamiin.
Sepatutnya seperti yang diwar-warkan oleh pihak sekolah, keputusan UPKK diambil melalui atas talian dan juga pesanan sms tetapi laman web menjadi sesak dan tidak dapat ditembusi walau telah beratus kali cubaan. Begitu juga dengan sms, tidak berbalas.
Akhirnya setelah menunggu lebih dari 24 jam, kakchik mengambil result di bilik guru sekolah. Kesian anakanda kakchik yang ternanti-nanti dengan penuh debaran. Hihihi belum canggih ye sistemnya. Perlu di upgrade supaya cukup power menangani trafik seluruh negara.