Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam. Muga kita sentiasa berada dibawah lindungan Illahi.
Kakchik kongsikan hari terakhir anak bujang yang kecil di alam sekolah rendah. Tanggal 21.11.2019 iaitu bersamaan hari khamis merupakan hari persekolahan terakhir sesi 2019 di negeri Johor. Kebetulan hari itu juga merupakan hari keluarnya keputusan UPSR bagi pelajar Tahun 6. Syukur alhamdulillah Aidil mendapat result yang sederhana cemerlang.
|
Menerima sijil berhenti sekolah |
|
Kenangan di Majlis Graduasi Tahun 6, 2019 |
|
Aidil bersama papa dan mama |
|
Jambangan bear dan coklat yang kakchik buat sendiri |
|
Meraikan Abang Aidil.. |
|
Abang Aidil dan Adik Risya bersama papa |
|
Adik Risya pun nak pose dengan bunga juga |
Abang Aidil berminat untuk menyambung pelajaran sekolah menengahnya di sekolah berasrama, jadi kami pun telah memohon sekolah kawalan untuknya. Muga impian Abang Aidil menjadi nyata dan beliau dapat membesar menjadi anak yang berdikari dan soleh.. Aamiin