Assalam.. muga hari-hari yang dilalui dapat menceriakan kalian dan sentiasa berbahagia bersama yang tersayang.
Tanggal 6.6.2019 merupakan hari anak sulung kakchik mendapat gilirannya membentangkan final year project bagi tahun akhir di St Petersburg State Marine University. Semua usaha yang beliau lakukan akan berakhir pada hari tersebut kerana result akan keluar sejurus selepas pembentangan berakhir.
|
Kenangan terakhir di sana.. musim panas |
|
Bersama pensyarahnya, setelah result keluar. |
|
Semasa presentation.. |
|
Good luck! |
Danial telah mendapat grade 5 untuk result presentation. Oleh kerana tiada istiadat konvo yang diamalkan di sana maka dengan itu beliau telah pun dengan rasminya menjadi graduan universiti. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mempermudahkan segala urusan anak kakchik. Beberapa minggu lagi diperlukan untuk mendapat scroll dan beberapa proses juga perlu dibuat untuk urusan translate scroll dan endorsement kepada pihak embassy di sana.
Jadual beliau akan pulang ke tanahair sekitar akhir bulan Julai 2019. Beliau telah pun menghantar beberapa resume melalui email untuk memohon jawatan yang bersesuaian walaupun agak sukar di zaman ekonomi yang masih gawat lagi. Selamat memasuki alam pekerjaan. Mama sentiasa doakan yang terbaik. Insya Allah..