Assalam.. muga kalian berada di bawah lindunganNya dan sentiasa ceria menempoh hari-hari yang dilalui dan bakal mendatang.
Kakchik kongsikan perjalanan ke Sabah, negeri di bawah bayu pada bulan Januari yang lepas. Hasrat untuk melawat Sabah tertanam sejak dari tahun 2004 lagi, ketika itu kakchik dan keluarga melawat Kuching.. tarikh 24.12.2004 bersamaan dengan tarikh tsunami besar yang menimpa Acheh. Alhamdulillah syukur ketika itu di Kuching tiada kawasan yang terjejas. Cuma pangsapuri yang kakchik duduki di Bandar Sri Permaisuri turut merasa gegaran tersebut, terlihat di berita tv jiran-jiran yang ditemuramah berkongsi detik cemas mereka.
Hasrat yang tersimpan berlarutan lagi sehingga kes di Pulau Sipadan dan berikutnya pula bencana gempa bumi di Gunung Kinabalu. Impian bagaikan terkubur begitu lama, sehinggalah adik ipar kakchik yang menyuarakan hasratnya pada pertengahan tahun lepas untuk ke Sabah. Puas juga menanti tiket tambang murah yang berpatutan dan akhirnya kami memilih cuti Thaipusam sebagai waktu yang paling sesuai kerana di Sabah mereka tidak menyambutnya.
Day 1 ~ 19.1.2019 (sabtu)
Penerbangan pesawat tambang murah dari Senai ke KK pada awal pagi merentasi Laut China Selatan. Tempoh perjalanan kira-kira 2 jam 20 minit. Alhamdulillah cantik cuaca pada hari itu.
Penerbangan pesawat tambang murah dari Senai ke KK pada awal pagi merentasi Laut China Selatan. Tempoh perjalanan kira-kira 2 jam 20 minit. Alhamdulillah cantik cuaca pada hari itu.
Wajah-wajah gembira dapat bercuti |
Kami mengambil kereta sewa untuk ke Kundasang. Beberapa tempat yang kami singgah di dalam perjalanan iaitu di Rumah Terbalik dan juga Jambatan Gantung Tamparuli. Terdapat gerai menjual buah-buahan serta sayur-sayuran di penghujung jambatan. Kami sempat menikmati nasi goreng serta ais kepal yang enak di situ. Kakchik membeli buah tarap dengan harga rm5 sebiji.. sedap jugak rasanya seperti buah rambai campur buah laici.
Rumah terbalik yang pertama di Sabah |
Inilah jambatannya.. bergegar juga ketika menaiki.. |
Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Pekan Nabalu dan kemudiannya kami singgah di ladang lembu, Desa Dairy Farm. Cantik dan indah suasana ladang yang berkabus dan menghasilkan permandangan seperti di luar negara iaitu New Zealand. Kami sempat menikmati susu lembu segar dan ais krim viral berperasa vanila. Kami makan ais krim sambil menghirup udara segar.. yang agak berbau lembu.. hihihi.. sehingga kakchik hanya selera menghabiskan separuh bahagian sahaja.
Kami meneruskan lagi perjalanan dengan melawat beberapa lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong sebelum check in di homestay berdekatan Pekan Nabalu. Selepas berehat dan solat kami pun bersiar-siar di Pekan Nabalu yang banyak gerai-gerai buah-buahan juga kerepek serta kuih kering buatan Sabah. Kami membelinya sebagai cenderahati untuk saudara mara.
Malamnya cuaca gunung agak dingin dan kami memutuskan untuk makan malam di restoran makanan segera KFC sahaja. Selepas makan kami dapati semua gerai telah ditutup, awal juga sekitar jam 8.30 malam. Angin gunung bertiup agak kuat dan kedinginan amat dirasai. Bagi meneruskan aktiviti kami cuma singgah di gerai tepi jalan yang masih terang, kami membeli sedikit buah-buahan untuk dimakan di bilik homestay nanti. Kami tidur awal pada malam itu.
Day 2 ~ 20.1.2019 (ahad)
Awal pagi lagi kami telah siap untuk check out dan seterusnya bersarapan sebelum menjejaki Gunung Kinabalu di Kinabalu Park.
Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang sangat unik. |
Selepas agak puas menikmati udara gunung kami pun bergerak ke KK untuk meneruskan aktiviti pulau pula. Kami singgah di bahu jalan di lereng gunung daerah Kundasang untuk menikmati durian Sabah yang sangat enak dengan harga berpatutan.
Kami tiba di Jesselton Point sekitar pukul 12 tengahari dan kami terus memilih pakej snorkeling ke Pulau Manukan di kaunter no. 10 yang boleh tawar menawar. Kami puas bermandi manda di pantainya yang bersih. Hampir pukul 4.30 petang kami bergerak semula ke jeti dan check in di hotel yang berhampiran.
Selepas membersihkan diri dan solat kami meneruskan aktiviti melihat matahari terbenam di Tg Aru. Jalanraya menuju ke pantai sangat sesak sehingga kami hampir terlepas saat-saat indah tersebut. Selepas puas di situ, kami membeli belah di pasar filipina dengan membeli kerongsang suasa, cincin dan gelang mutiara.
Kami makan malam dengan makanan laut yang pelbagai di sebelah Pasar Filipina. Kami masih ingin membeli belah sekitar pasar filipina tetapi terpaksa pulang ke hotel kerana anak bongsu kakchik begitu mengantuk sekali. Kami tidur agak awal untuk menyambung aktiviti pada keesokan harinya.
Day 3 ~ 21.1.2019 (isnin)

Awal pagi lagi kami telah check out. Kami terus bersarapan di sebuah restoran berhampiran Pasar Filipina kerana mudah untuk kami sambung membeli belah t shirt, kerongsang dan rantai tangan lagi. Kakchik tidak melepaskan peluang untuk membeli bilis dan sotong bulat sebagai buah tangan.
Selepas itu kami menuju ke Jamilah Jewels untuk mendapatkan mutiara asli Sabah dan fridge magnet. Harga fridge magnet dan key chain agak murah di situ. Kami seterusnya ke View Tower, Menara Tun Mustafa dan singgah solat di Masjid Bandaraya. Makan tengahari di medan selera di kawasan masjid agak sedap berbanding medan selera di Jesselton Point.
Sebelum ke airport kami berhenti di Muzium Sabah kerana ianya sama arah. Kami sampai di airport just on time untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya kami check in untuk berlepas pulang ke JB. Walaupun jadualnya padat tetapi kami sangat gembira dan selamat sampai ke JB kira-kira jam 8.00 malam. Insya Allah kami akan pergi lagi ke Sabah untuk meneroka daerah yang lain.

Masjid Bandaraya |