Thursday, 15 February 2018

Resepi Kek Pisang Sedappp

Assalam..     muga hari ini menjanjikan kebahagian buat kalian semua.. dan hari mendatang yang lebih menjanjikan ketenangan.


Kakchik kongsikan resepi yang mudah, ringkas dan semestinya sangat sedap ini bersama kalian.. resepi dari sahabat kakchik iaitu Puan Suziela Md Tahir.. terima kasih ujie. Hasilnya kek pisang yang sangat enak dan tidak mengecewakan walau kakchik kurang mahir dalam masakan kek dan kuih muih.


hasil yang gebu dan menyelerakan bagi peminat kek pisang..

KEK PISANG (blog Kakchik Sarimah)
Bahan-bahan 
(A) Diayak :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat

(B) Dipukul :
- 3 biji telur (gred A/B)
- 1 cawan gula halus
- 1/2 cawan gula perang
- 1 sudu kecil essen vanilla

(C) Dilenyek :
- 4 biji pisang berangan@6 biji pisang emas

(D) 1 cawan minyak sayur

Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan (B) + (C) + (D)
2. Masukkan pula (A). Gaul rata.
3. Bakar selama 40 minit,  suhu 170 ° C
4. Setelah masak.. keluarkan dari oven agar sejuk dahulu sebelum dipotong.


ready untuk dibakar

ada lubang-lubang halus diantara kek.. 

Sunday, 11 February 2018

Girls Day Out

Assalam..  muga kalian ceria selalu disamping tersayang..


Kakchik join lunch bersama rakan pejabat dan anak dara kakchik yang sedang bercuti.. terasa macam remaja purba pulak bila keluar bersama-sama.. hehehe


3 dara pingitan.. oppsss

Oleh kerana malas nak memandu.. kami ambil uber sahaja.. destinasinya.. Paradigm Mall.. gayat nak parking tempat tinggi pun ye ni.. hahaha


Sedapnya nasi campur di medan selera..  buah-buahan potong pun fresh


kakchik pilih talapia berlada.. 


sekejap jer shopping... 

Kami sempat melawat beberapa kedai pakaian.. boleh tahan jugak sales di Padini.. dapatlah beberapa helai untuk buat basahan.. lama tak guna word tu.. lepas membayar.. berebut kami pulang semula ke office.