Assalam.. muga ketenangan sentiasa memayungi kalian walau di mana jua berada..
Sambutan hari lahir anak bongsu kakchik diraikan bersama kawan-kawan sekelas, pada bulan Mac yang lalu.. tahun ini baru sahaja pihak sekolah memulakan program sambutan hari lahir murid pada setiap bulan di dalam kelas masing2.. setiap murid yang hari lahirnya jatuh pada bulan tertentu boleh membawa kek atau jajan dalam bentuk bungkusan.. memudahkan untuk di agih2 kepada rakan-rakan sekelas.
Alhamdulillah kakchik bawakan kek coklat dalam bentuk kartun dan kek batik.. sementara seorang lagi rakan sekelas risya membawa jajan untuk semua. Hanya dua orang murid sahaja yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut.
|
kek kartun perasa coklat dan kek batik.. sedap katanya.. |
|
muga jadi anak solehah.. aamiin |
|
lagi seorang rakan yang sama2 menyambut hari lahir dalam bulan itu.. |
|
terima kasih jajan nya.. |
|
risya yang duduk paling belakang.. sebelah kanan |
|
kawan2 menyanyikan lagu hari lahir.. |
Insya Allah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ilmu, rezeki iman, rezeki kesihatan, rezeki harta dan dipermudahkan segala urusan.. aamiin.